Apa perubahan dibawa Shahrir selepas Isa, soal persatuan anak Felda

Apa perubahan dibawa Shahrir selepas Isa, soal persatuan anak Felda - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa perubahan dibawa Shahrir selepas Isa, soal persatuan anak Felda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa perubahan dibawa Shahrir selepas Isa, soal persatuan anak Felda
link : Apa perubahan dibawa Shahrir selepas Isa, soal persatuan anak Felda

Baca juga


Apa perubahan dibawa Shahrir selepas Isa, soal persatuan anak Felda

 
Masalah hutang, pendapatan rendah dan perumahan masih belum selesai, kata Mazlan Aliman.


mazlan-aliman


PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) membidas Tan Sri Shahrir Samad kerana menepis kritikan dan cadangan pembangkang sedangkan beliau masih perlu menunjukkan perubahan yang dibawanya sejak dilantik pengerusi Felda awal tahun ini.

Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman berkata Shahrir perlu faham masalah Felda, dan mempersoalkan perubahan yang dibawa bekas menteri itu selepas menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad.

“Isu utama peneroka iaitu timbunan hutang yang sangat membebankan. Apa jalan penyelesaiannya?” soal Mazlan.

“Kenapa pengurusan Felda gagal pastikan pendapatan peneroka lebih baik daripada peneroka yang mengusahakan kebun secara persendirian tanpa bantuan mana-mana pihak? Apa jalan keluar perumahan generasi kedua yang terbengkalai?”

Shahrir dipetik Sinar Harian semalam membidas pembangkang yang melihat 6 insentif untuk warga Felda yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Julai lalu seperti bersifat “sekali beri” sebelum pilihan raya umum.

Insentif itu antaranya pelupusan sebahagian baki pinjaman saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) untuk 77,934 peneroka yang sedang membayar pinjaman; pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanam semula melalui Felda; dan pelupusan lebihan hutang tanam semula bagi melupuskan hutang kos operasi melebihi jangkaan RM40,000.

Najib turut mengumumkan geran khas tanam semula peneroka dengan kadar RM7,500 per hektar bagi program tanam semula; meluluskan permohonan pembinaan rumah lebih daripada 1 unit di atas 1 tapak; dan pemberian insentif khas RM5,000 kepada 94,956 keluarga peneroka.

Shahrir berkata pemberian insentif itu bukan “gula-gula pilihan raya” tetapi bantuan untuk jangka masa panjang dan melibatkan “penyusunan semula cara pengurusan Felda itu sendiri”.

Bagaimanapun, ia dipersoal Mazlan: “Insentif khas RM5,000 jika bukan gula-gula pilihanraya, ia wang apa?”



Demikianlah Artikel Apa perubahan dibawa Shahrir selepas Isa, soal persatuan anak Felda

Sekianlah artikel Apa perubahan dibawa Shahrir selepas Isa, soal persatuan anak Felda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa perubahan dibawa Shahrir selepas Isa, soal persatuan anak Felda dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/apa-perubahan-dibawa-shahrir-selepas.html

Subscribe to receive free email updates: