Pengaruh Wahabi ke atas Malaysia di bawah Najib terus subur, kata penganalisis

Pengaruh Wahabi ke atas Malaysia di bawah Najib terus subur, kata penganalisis - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengaruh Wahabi ke atas Malaysia di bawah Najib terus subur, kata penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengaruh Wahabi ke atas Malaysia di bawah Najib terus subur, kata penganalisis
link : Pengaruh Wahabi ke atas Malaysia di bawah Najib terus subur, kata penganalisis

Baca juga


Pengaruh Wahabi ke atas Malaysia di bawah Najib terus subur, kata penganalisis

 
Semakin rapat Malaysia kepada kerajaan Arab Saudi, semakin luas pintu terbuka untuk nilai konservatif meresap masuk.


islam-wahabi-malay-voters-1


KUALA LUMPUR: Malaysia semakin cenderung ke arah Islam konservatif yang menyaksikan peningkatan sikap tidak bertoleransi, menurut analisa sebuah majalah perkembangan Asia Pasifik, The Diplomat.

Menurutnya, ia terjadi akibat pengaruh Islam versi Wahabi dari Arab Saudi dan keinginan kerajaan Malaysia untuk kekal berkuasa.

Artikel yang dikarang seorang bekas penasihat hak asasi kepada kerajaan Malaysia itu berkata kerajaan Malaysia kini semakin memenuhi kehendak kumpulan Islam yang tidak mahu bertolak ansur.

Menurut Dominique Fernandes, keredaman terhadap politik yang memecahbelahkan kaum mewujudkan situasi di mana belia tertarik dengan ajaran ekstrem yang menjurus fundamentalisme.

Kecenderungan itu, katanya, hasil daripada hubungan rapat Malaysia dengan kerabat diraja Saudi dan minat mereka dengan wang hasil minyak.

Beliau menjejak kembali hubungan Malaysia dan Arab Saudi sejak awal, iaitu ketika perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman sehinggalah Datuk Seri Najib Razak.

Wahabi adalah versi Islam yang mula disebarkan oleh Muhammad Ibn Saud, pengasas negara moden Arab Saudi, menerusi satu pakatan dengan seorang ulama, Abd al-Wahhab. Ajaran itu masih menjadi teras kepada insititusi keagamaan Arab Saudi sehingga hari ini.

Pengaruh Wahabi, menurut laporan itu, “tersebar luas di Malaysia dan Indonesia hari ini dengan majoriti orang Islam di kedua-dua negara menggabungkan amalan dan budaya Arab dengan Islam, walaupun mengikut sejarah, Asia Tenggara sudah lama cenderung ke arah Islam yang lebih sederhana.”

Di Malaysia, seorang penganut Islam yang “baik” dilihat sebagai seorang yang mematuhi budaya Arab, dan mengamalkan Islam secara literal yang dieksport oleh Arab Saudi, katanya.

Fernandes berkata walaupun pada awalnya Umno melawan parti pembangkang PAS ke atas golongan muda kelas pertengahan Melayu, namun parti Melayu itu kini semakin bergantung kepada kempen politik yang fokuskan Islam untuk menarik pengundi Melayu yang semakin berubah.

“Ramai penduduk bandar hari ini bimbang peralihan ini akan membawa Malaysia ke arah Islam literal yang lebih sempit, bukan yang lebih sederhana dan penuh toleransi seperti yang diamalkan negara dahulu.”

Artikel itu turut menyebut mengenai ucapan Najib pada Jun 2014 mengajak ahli Umno mencontohi disiplin dan kecekalan kumpulan militan IS dalam perjuangan mereka.

Najib dilaporkan berkata, “Apabila seseorang berani berjuang sehingga mati, mereka boleh mengalahkan pasukan yang lebih besar”.

The Diplomat turut mengetengahkan 2 layanan berbeza terhadap Dr Zakir Naik, penceramah dari India yang mengundang kritikan kerana ucapannya yang didakwa menghina agama lain, dan penulis Turki Mustafa Akyol, yang ditangkap baru-baru ini oleh pihak berkuasa agama.

“Malaysia pastinya akan berterusan bersikap kurang toleransi, dan semakin beralih ke arah jalan konservatif, tidak mesra kepada yang tidak menganut agama dan sangsi terhadap semua yang tidak mengikut gaya hidup fundamentalisme,” katanya.

Ia berkata dokongan Arab Saudi mempunyai kesan buruk terhadap masa depan Malaysia.

“Semakin rapat Malaysia kepada kerajaan Saudi, semakin luas pintu terbuka untuk nilai konservatif yang mengkritik pakaian seorang atlet gimnastik yang memenangi pingat emas, larangan ke atas festival bir, dan penafian keadilan sosial dan hak wanita.”



Demikianlah Artikel Pengaruh Wahabi ke atas Malaysia di bawah Najib terus subur, kata penganalisis

Sekianlah artikel Pengaruh Wahabi ke atas Malaysia di bawah Najib terus subur, kata penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengaruh Wahabi ke atas Malaysia di bawah Najib terus subur, kata penganalisis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/pengaruh-wahabi-ke-atas-malaysia-di.html

Subscribe to receive free email updates: