Judul : 'Dakwaan 300,000 orang India tiada kerakyatan cuma dongeng'
link : 'Dakwaan 300,000 orang India tiada kerakyatan cuma dongeng'
'Dakwaan 300,000 orang India tiada kerakyatan cuma dongeng'
MALAYSIAKINIDakwaan pembangkang yang menjaja kononnya terdapat kira-kira 300,000 kaum India di negara ini terabai dan teraniaya tanpa memiliki hak kewarganegaraan terbukti tidak benar menerusi kempen Mydaftar Mega yang dilaksanakan kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dakwaan tersebut hanyalah pembohongan semata-mata memandangkan hanya kira-kira 2,500 sahaja permohonan kewarganegaraan diterima daripada kaum India di negara ini, termasuk yang lahir sebelum merdeka, atau kelahiran tidak didaftarkan.
"Menerusi inisiatif MyDaftar yang masuk ke segenap pelusuk, selongkar di segenap negeri dan cari di serata tempat, tidak ada 300,000 stateless Indian sebagaimana diuar-uarkan, sampai ke Parlimen Westminister dijaja bahawa kita aniaya kaum India di negara ini.
"Ini cerita dongeng, yang kita dapat hanya 2,500 permohonan saja... cerita tidak betul. Sama macam cerita kita bawa masuk 40,000 pengundi Bangladesh pada pilihan raya yang lalu, juga sama cerita negara akan bankrap.
"Banyak cerita auta dan tidak berasas seperti diuar-uarkan itu," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan surat kelulusan kewarganegaraan kepada kaum India di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam dan pemimpin parti mewakili kaum India termasuk Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Parti Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) dan Makkal Sakti.
Tidak diabai kerajaan
Menurut Najib, kerajaan pimpinan beliau komited untuk menyelesaikan isu kerakyatan melibatkan masyarakat India di negara ini dengan penubuhan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) di bawah kendalian Unit Pembangunan Ekonomi Masyarakat India (SEDIC) yang melaksanakan inisiatif MyDaftar sejak 2011.
Inisiatif MyDaftar Mega dilaksanakan pada awal tahun ini, selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India (MIB) untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan di kalangan masyarakat itu sepenuhnya.
Seramai 177 penerima Surat Kelulusan Kewarganegaraan terdiri daripada masyarakat India yang lahir sebelum kemerdekaan negara, kelahiran tidak didaftarkan dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri menerima surat berkenaan hari ini.
"Walaupun masyarakat keturunan India hanya 7.4 peratus dalam negara kita, tetapi, kumpulan minoriti ini tidak diabaikan oleh kerajaan hari ini," kata Najib, yang menambah, isu masyarakat India tidak dapat diselesaikan oleh pemimpin terdahulu walaupun memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.
Pada masa yang sama, beliau juga menyeru semua parti politik yang mewakili masyarakat India bersepakat memperkasakan kumpulan minoriti itu seiring kaum lain di negara ini.
"Sebagaimana saya sebut semasa (pembentangan) Bajet 2018, kaum India tidak perlu sedekah, tetapi perlu pada pemerkasaan.
"Sebab itu kerajaan tetapkan tujuh peratus kaum India dalam perkhidmatan awam, dan di institusi pengajian tinggi awam, tapi pokoknya, perlu ada kewarganegaraan.
"Namun ramai yang ambil mudah, tetapi dengan adanya kewarganegaraan, boleh dapat macam-macam bantuan kerajaan seperti, BR1M, pinjaman Tekun, rawatan di Klinik 1Malaysia... kami tidak mahu apa-apa, cuma bila sampai masanya, tolonglah... itu saja," katanya.- Bernama
Demikianlah Artikel 'Dakwaan 300,000 orang India tiada kerakyatan cuma dongeng'
Sekianlah artikel 'Dakwaan 300,000 orang India tiada kerakyatan cuma dongeng' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Dakwaan 300,000 orang India tiada kerakyatan cuma dongeng' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/dakwaan-300000-orang-india-tiada.html