Judul : Menteri cabar Ambiga dedahkan sumber
link : Menteri cabar Ambiga dedahkan sumber
Menteri cabar Ambiga dedahkan sumber
MALAYSIAKINIMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini mencabar bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan untuk mendedahkan sumbernya mengenai dakwaan mengenai dana 1MDB yang mengaitkan PAS.
Rahman berkata langkah itu perlu bagi memastikan setiap tuduhan yang dibuat selama ini bersandarkan fakta, berbanding sekadar omong kosong demi mengelirukan rakyat.
“Bertahun lamanya kita tanya berulang kali kepada Clare Rewcastle-Brown (Editor Sarawak Report) mengenai sumber yang digunakan dalam siri penerbitan penulisan menerusi blog beliau.
“Kita bertanya kerana nak jalankan siasatan menyeluruh terhadap semua pertuduhan yang dilemparkan terhadap 1MDB, namun beliau berkeras untuk tidak dedahkan sumbernya.
“Tiba-tiba, beliau menamakan Ambiga sebagai sumber selepas diberi tekanan ketika sesi pertanyaan yang berlangsung di mahkamah,” kata Rahman seperti yang dipetik oleh portal Ahli Majlis Parlimen BN (BNBBC).
Walau bagaimanapun, Rahman yakin bahawa Ambiga akan terus berdiam diri, tanpa mendedahkan sumber atau fakta bagi menyokong dakwaannya selama ini.
“Beliau tidak akan sesekali dedahkan kerana kita tahu ia (penyaluran dana 1MDB kepada PAS) palsu, malah sebab itu juga Hadi Awang (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bawa perkara ini ke mahkamah.
“Ustaz Hadi buat tindakan sedemikian kerana tuduhan seperti ini membabitkan reputasinya sebagai pemimpin, justeru saya menyangkal sebarang kemungkinan Ambiga akan tunjukkan bukti dan sumber beliau,” katanya.
Menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai "episod pembohongan", Rahman berkata, Rewcasltle-Brown menggunakan Ambiga, manakala peguam itu mengemukakan sumber tidak rasmi bagi menampakkan setiap artikel dipaparkan Sarawak Report seperti berpaksikan fakta.
“Cara Rewcasltle-Brown menulis artikelnya sebelum ini pun seolah-olah cuba beri gambaran bahawa kesahihan setiap fakta yang terkandung didalamnya tidak mungkin dipersoalkan, namun kebenaran terjelma apabila beliau berdepan tekanan daripada mahkamah,” katanya.
Hadi telah memfailkan saman fitnah ke atas Rewcastle-Brown di mahkamah di UK berhubung satu artikel di Sarawak Report yang kononnya bahawa PAS menerima kira-kira RM90 juta daripada Najib.
Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa Rewcastle-Brown, yang menetap di London, menyebut Ambiga sebagai sumber maklumatnya dalam pemfailan mahkamah. Ambiga enggan mengulas mengenai perkara ini.
Najib dan penyokongnya menuduh Sarawak Report menjadi sebahagian daripada konspirasi yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan pentadbirannya. Rewcastle-Brown walau bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Demikianlah Artikel Menteri cabar Ambiga dedahkan sumber
Sekianlah artikel Menteri cabar Ambiga dedahkan sumber kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menteri cabar Ambiga dedahkan sumber dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/menteri-cabar-ambiga-dedahkan-sumber.html