Judul : DAP Perlu Berhenti ‘Bermusuh’ Dengan Penjawat Awam
link : DAP Perlu Berhenti ‘Bermusuh’ Dengan Penjawat Awam
DAP Perlu Berhenti ‘Bermusuh’ Dengan Penjawat Awam
Nuh AbqariSERUAN Penasihat DAP Lim Kit Siang baru-baru ini terhadap ketua-ketua jabatan atau agensi awam agar mereka tidak tunduk kepada tekanan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ianya hanyalah satu lagi siri permusuhan yang dicipta antara parti itu dengan pegawai dan kakitangan awam sejak sekian lama.
Kalau kita masih ingat pada tahun yang lalu, Setiausaha Publisitinya yang juga merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pernah mengibaratkan perkhidmatan awam sebagai ‘biawak hidup’ lantaran peruntukan tinggi yang diterima kumpulan pekerja ini dalam Bajet 2017. Beliau juga menyifatkan perkhidmatan awam sebagai sudah terlebih bilangannya berbanding negara lain selain menyarankan agar sebahagian besar daripada mereka tidak lagi perlu bekerja bagi menangani masalah lambakan penjawat awam.
Cadangan Tak Masuk Akal
Pada Oktober tahun lalu juga, kita juga disajikan dengan satu lagi cadangan merepek yang dikemukakan oleh sebuah badan pemikir kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP, Penang Institute. Dalam kenyataannya tahun lalu, Penang Institute menggesa kerajaan agar melakukan reformasi atau mengecilkan saiz perkhidmatan awam bagi mengurangkan defisit belanjawan. Menurut badan tersebut, tindakan itu juga secara tidak langsung bakal melepaskan bakat dan sumber sedia ada kepada sektor swasta.
Mengambil contoh nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terhadap jumlah penjawat awam di negara maju seperti Jerman, Penang Institute mendakwa KDNK Malaysia yang berjumlah sekitar AS$375 bilion bermakna negara hanya memerlukan sejumlah 430,000 penjawat awam.
Tentunya cadangan sebegini langsung tidak masuk akal. Malah, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda sendiri menyifatkan cadangan tersebut sebagai tidak boleh dipakai. Dan atas kapasiti apa pula Penang Institute melontarkan cadangan tersebut?
Bayangkan jika cadangan tersebut diambil kira, dengan jumlah terkini penjawat awam seramai 1.6 juta orang, apakah nasib yang bakal menimpa sejumlah 1.2 juta penjawat awam yang lain jika hanya sejumlah 430,000 pegawai dan kakitangan yang dikekalkan?
Cadangan ‘pelik’ ini tidak jauh berbeza dengan cadangan ‘Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam’ yang pernah dipelopori Pua pada 2011. Melalui projek ini, DAP berhasrat untuk mengurangkan separuh penjawat awam daripada jumlah yang sedia ada. Entah apa masalah DAP, ada sahaja alasan dan helahnya mahu mencari pasal dengan penjawat awam. Adakah parti itu berasa begitu dengki dan meluat dengan perkhidmatan yang banyak dianggotai orang Melayu? Kita masih kurang pasti.
Ancaman Pemikiran DAP
Lalu timbul persoalan, apakah langkah ‘membuang’ sebahagian besar penjawat awam ini satu alternatif yang cuba ditawarkan DAP bagi menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang ingin mereka hapuskan? Jika inilah penyelesaian yang mereka tawarkan, maka memilih mereka untuk membentuk kerajaan kelak bakal menjadi satu kesilapan paling besar yang kita lakukan. Mengikut perkiraan dan congakan ini, tidak mustahil juga untuk kita melihat sebahagian agensi awam dibubarkan sebagai satu bentuk ‘penjimatan’ kepada mereka.
Inilah pola dan corak pemikiran DAP yang patut kita lihat sebagai ancaman. Kritikan dan cadangan ‘penambahbaikan’ yang mereka bawa seolah-olah menganggap perkhidmatan awam itu sebagai satu bentuk bebanan kepada negara. Sikap mereka dalam hal ini juga dari satu segi menunjukkan bagaimana mereka melihat peruntukan puluhan billion ringgit yang diterima sektor awam saban tahun sebagai pembaziran.
Masalah Kit Siang Dengan SPRM
Provokasi DAP terhadap penjawat awam nampaknya tidak pernah berhenti. Mengambil contoh terbaru, DAP dan Kit Siang sendiri nampaknya begitu lantang mengkritik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Kit Siang mendakwa bahawa semua mata kini sedang memerhatikan suruhanjaya itu dan mempersoalkan samada Dzulkifli dapat memimpin badan anti-rasuah yang bersih.
Kira-kira seminggu yang lalu, Kit Siang dilaporkan berkata Dzulkifli akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti-rasuah kleptokratik pertama di dunia sekiranya beliau bertindak seperti monyet yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak berbicara. Kit Siang berkata demikian lantaran perasan tidak puas hati beliau terhadap perkembangan siasatan ke atas skandal 1MDB.
Tindakan Kit Siang dan DAP amnya yang tidak henti-henti menyerang perkhidmatan awam sememangnya melampau, tidak beradab dan tidak bertamadun. Di sebalik kejayaan demi kejayaan yang ditempa SPRM dalam membanteras rasuah sejak lebih setahun yang lalu, DAP seolah-olah sengaja mencari helah untuk terus memburukkan agensi itu dalam usahanya untuk terus menjatuhkan imej Najib sebagai perdana menteri.
Sokongan Penjawat Awam dan Kerisauan DAP
Melihat kepada trend semasa, DAP tampaknya agak risau mengenai tahap sokongan penjawat awam terhadap Pakatan Harapan (PH), apatah lagi dengan mengambil kira faktor positif yang berjaya Najib wujudkan sewaktu Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-15 baru-baru ini. Gesaan Kit Siang agar ketua-ketua agensi awam tidak tunduk kepada Najib hanya memperlihatkan kejahilannya mengenai di mana letaknya fungsi dan kesetiaan perkhidmatan awam.
Jika Kit Siang berhajat untuk ‘mengajar’ penjawat awam, maka beliau perlu sedar bahawa penjawat awam kini sudah lebih bijak untuk mengimbangi pengaruh politik dalam tuntutan kerja mereka. Apa yang penting sekarang buat Kit Siang dan partinya adalah mereka perlu berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam kerana kelompok ini jugalah yang akhirnya akan kekal berada di situ memberikan perkhidmatan kepada rakyat walau pihak mana pun yang membentuk kerajaan.
Demikianlah Artikel DAP Perlu Berhenti ‘Bermusuh’ Dengan Penjawat Awam
Sekianlah artikel DAP Perlu Berhenti ‘Bermusuh’ Dengan Penjawat Awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP Perlu Berhenti ‘Bermusuh’ Dengan Penjawat Awam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/dap-perlu-berhenti-bermusuh-dengan.html