Judul : Menteri nafi elemen bendera, lagu Umno di sekolah ada agenda politik
link : Menteri nafi elemen bendera, lagu Umno di sekolah ada agenda politik
Menteri nafi elemen bendera, lagu Umno di sekolah ada agenda politik
ANTARAPOSPADANG TERAP: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan isu bendera dan lagu Umno yang dimainkan di Sekolah Kebangsaan Presint 14, Putrajaya pada Selasa lalu sebagai bersifat politik.
Sebaliknya ia merupakan sebahagian aktiviti sempena meraikan sambutan Hari Kebangsaan, di mana pihak sekolah mahu memberi pemahaman berkaitan perjalanan negara untuk mencapai kemerdekaan.
"Negara kita merdeka hasil perjuangan Umno dengan dibantu oleh MCA dan MIC. Ini dapat dilihat apabila Tunku Abdul Rahman yang pada ketika itu memegang jawatan Presiden Umno pergi ke London untuk memperoleh kemerdekaan negara," katanya.
Mahdzir ditemui selepas Program Ziarah Kasih di Padang Terap hari ini.
Mahdzir berkata terpulang kepada pihak pembangkang untuk membuat pelbagai tanggapan sedangkan mereka sedar bahawa Umno, MCA dan MIC merupakan tonggak kepada kemerdekaan Malaysia.
Sementara itu Mahdzir menjawab cadangan supaya mewujudkan sekolah atau kelas khas peralihan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah yang menyebabkan mereka dipaksa untuk dibuang sekolah.
"Kita tidak perlu buka sekolah untuk kumpulkan pelajar-pelajar bermasalah. Tindakan buang sekolah ini juga masih relevan untuk diguna pakai terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin tetapi bukanlah boleh main buang sekolah begitu sahaja.
“Jika perlu, tindakan buang sekolah itu akan diambil sebagai langkah terakhir," katanya.
Demikianlah Artikel Menteri nafi elemen bendera, lagu Umno di sekolah ada agenda politik
Sekianlah artikel Menteri nafi elemen bendera, lagu Umno di sekolah ada agenda politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menteri nafi elemen bendera, lagu Umno di sekolah ada agenda politik dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/menteri-nafi-elemen-bendera-lagu-umno.html