Judul : Dr M: Dulu saya persetankan DAP, itu lumrah politik
link : Dr M: Dulu saya persetankan DAP, itu lumrah politik
Dr M: Dulu saya persetankan DAP, itu lumrah politik
Bekas perdana menteri itu berkata jika hendak kalahkan musuh politik, caranya adalah memburukan imej mereka.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau pernah “mempersetankan” DAP ketika menjadi perdana menteri dulu, tetapi menyifatkannya sebagai lumrah politik untuk memburukkan imej musuh.
“Sayalah orangnya yang mempersetankan DAP. Dalam politik jika kita nak kalahkan musuh, kita terpaksa memburukan imej musuh. DAP adalah musuh parti saya dan saya sendiri,” katanya melalui catatan blog hari ini.
Dr Mahathir yang kini pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan (PH), berkata, usahanya dan rakan-rakan Umno mempersetankan DAP semasa berada dalam Barisan Nasional (BN) berjaya sehingga orang Melayu tidak boleh terima dan mendampingi DAP sama sekali.
“Ramai orang Melayu percaya jika BN kalah, maka DAP akan memerintah Malaysia. Lebih dari itu Lim Kit Siang (penasihat DAP) akan jadi perdana menteri,” katanya sambil menambah dirinya juga turut dipersetankan oleh DAP ketika itu.
Katanya, beliau tidak akan bekerjasama dengan DAP sekarang sekiranya percaya parti itu benar-benar syaitan.
Menurutnya, ramai bekas pemimpin tinggi Umno lain pernah bekerjasama dan menyokong DAP termasuk perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.
Malah, Dr Mahathir berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga satu ketika dulu berpeluk dengan Kit Siang sewaktu sama-sama dalam Pakatan Rakyat.
Dr Mahathir berkata beliau bekerjasama dengan Kit Siang kerana ahli parlimen Gelang Patah itu menyokong “Deklarasi Rakyat” pada 2015 untuk menjatuhkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak.
“Pada ketika itulah perjuangan politik kami menjadi sama. Kami berpendapat menjatuhkan Najib lebih penting daripada sengketa antara kami,” katanya dengan menambah hanya parti berbilang kaum sahaja boleh membentuk kerajaan.
Demikianlah Artikel Dr M: Dulu saya persetankan DAP, itu lumrah politik
Sekianlah artikel Dr M: Dulu saya persetankan DAP, itu lumrah politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr M: Dulu saya persetankan DAP, itu lumrah politik dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/dr-m-dulu-saya-persetankan-dap-itu.html