Saya rela digari daripada biar anak Selangor mabuk arak, kata Jamal

Saya rela digari daripada biar anak Selangor mabuk arak, kata Jamal - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya rela digari daripada biar anak Selangor mabuk arak, kata Jamal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya rela digari daripada biar anak Selangor mabuk arak, kata Jamal
link : Saya rela digari daripada biar anak Selangor mabuk arak, kata Jamal

Baca juga


Saya rela digari daripada biar anak Selangor mabuk arak, kata Jamal

 
Ketua Umno Sungai Besar itu berkata demikian ketika dibawa untuk perintah tahanan reman.
 
 
jamal-yunos-kena-tangkap-1

SHAH ALAM Datuk Seri Jamal Yunos hari ini berkata beliau rela digari dan dipenjarakan demi memastikan anak muda Selangor tidak terjebak dengan aktiviti meminum arak.

Ketua Umno Sungai Besar itu yang dibawa ke Mahkamah Majistret di sini selepas ditahan polis malam tadi, berkata beliau tidak rela melihat rakyat Selangor “mabuk” dengan menyertai pesta arak.

“Walaupun saya digari, ditangkap tapi saya tidak rela melihat anak-anak di Selangor menjadi mabuk di bawah pimpinan (Datuk Seri) Azmin Ali, ini mesej yang saya ingin sampaikan,” kata Jamal di perkarangan mahkamah diiringi pihak polis.
  Semalam, Jamal bersama sekumpulan lelaki lain di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) sebelum melemparkan beberapa botol arak di luar pintu pagar pusat pentadbiran kerajaan negeri itu.

Lewat malam tadi, polis menahan Jamal dan 7 lain untuk siasatan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyertai perhimpunan haram, dan Seksyen 268 kerana menyebabkan kemudaratan awam.

Isnin lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis tidak membenarkan penganjuran pesta arak “Better Beer Festival” ekoran wujud ancaman militan. Pesta itu sebelum ini dirancang diadakan di Kuala Lumpur dan Klang tetapi menerima bantahan PAS dan beberapa NGO.

Azmin yang juga menteri besar Selangor sebelum ini berkata beliau menyerahkan sepenuhnya soal permit pesta itu kepada pihak berkuasa tempatan.

LIHAT VIDEO DI SINI




Demikianlah Artikel Saya rela digari daripada biar anak Selangor mabuk arak, kata Jamal

Sekianlah artikel Saya rela digari daripada biar anak Selangor mabuk arak, kata Jamal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya rela digari daripada biar anak Selangor mabuk arak, kata Jamal dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/saya-rela-digari-daripada-biar-anak.html

Subscribe to receive free email updates: