Judul : Hanya Orang ‘Otak Senget’ Gelar Bugis Lanun – Nik Abduh
link : Hanya Orang ‘Otak Senget’ Gelar Bugis Lanun – Nik Abduh
Hanya Orang ‘Otak Senget’ Gelar Bugis Lanun – Nik Abduh
SHAH ALAM – “Hanya orang yang ‘otak senget’ memanggil Bugis sebagai lanun,” kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Beliau berkata, ini kerana gelaran lanun itu asalnya diberikan oleh penjajah yang tidak suka dengan orang Bugis.
“Penjajah dulu memang sakit hati dengan Bugis kerana kepahlawanan mereka menentang penjajah. Lalu penjajah melabel Bugis sebagai lanun Bugis.
“Sampai sekarang orang baik-baik akan memanggil Bugis sebagai pahlawan Bugis. Adapun orang yang otak senget atau senget otak, mereka akan memanggil Bugis sebagai lanun Bugis,” katanya di laman Facebooknya, hari ini.
Sabtu lalu, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya pada Himpunan Rakyat Sayangi Malaysia didakwa menghina kaum Bugis apabila dikatakan berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘lanun Bugis’.
Menurut Nik Mohamad Abduh, hanya parti yang berasaskan bangsa akan menggelarkan orang lain dengan kata-kata rasis.
“Jadi tinggalkan saja. Pilih parti berasaskan Islam. Menjolok seseorang yang tidak disukai dengan gelaran atau nama keluarga, bangsa, ugama atau seumpamanya adalah salah dan terlarang. Islam menolaknya,” katanya – SH
Demikianlah Artikel Hanya Orang ‘Otak Senget’ Gelar Bugis Lanun – Nik Abduh
Sekianlah artikel Hanya Orang ‘Otak Senget’ Gelar Bugis Lanun – Nik Abduh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hanya Orang ‘Otak Senget’ Gelar Bugis Lanun – Nik Abduh dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/hanya-orang-otak-senget-gelar-bugis.html