Pindah kawasan bertanding bukti pembangkang tidak utamakan rakyat

Pindah kawasan bertanding bukti pembangkang tidak utamakan rakyat - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pindah kawasan bertanding bukti pembangkang tidak utamakan rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pindah kawasan bertanding bukti pembangkang tidak utamakan rakyat
link : Pindah kawasan bertanding bukti pembangkang tidak utamakan rakyat

Baca juga


Pindah kawasan bertanding bukti pembangkang tidak utamakan rakyat

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Sikap pemimpin pembangkang yang suka berpindah randah mencari kawasan yang selamat untuk bertanding membuktikan bahawa mereka tidak pernah berjuang untuk kepentingan masyarakat malah hanya mementingkan agenda peribadi masing-masing.

Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik Zainal Abidin berkata sikap yang menjadi amalan pembangkang itu berbeza daripada perjuangan Barisan Nasional (BN) yang setia menjaga sesuatu kawasan.

“Kita (BN) kalah pun kita tidak tukar kawasan, kita tetap berkhidmat pada kawasan yang sama, saya sendiri walaupun kalah masa pilihan raya umum lepas tetap setia berkhidmat di sini (Lembah Pantai).

“Dia nak bertanding mana itu hak dia tapi apa sebab dia nak bertanding di tempat lain? Pada saya inilah cara pembangkang selalu tukar kawasan sebab mereka tak servis kawasan, kalau dia tidak tukar mungkin dia kalah,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Raja Nong Chik, yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan berita bahawa sekurang-kurangnya empat pemimpin utama Pakatan Harapan bersedia bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Mengikut laporan itu, pemimpin berkenaan ialah Anggota Parlimen Lembah Pantai, yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub.

Terdahulu, Raja Nong Chik merasmikan Program NBOS ‘My Beautiful Neighbourhood 2017’ melibatkan hampir 500 peserta membersihkan kawasan sekitar Little India di Brickfields, di sini.

Mengulas berkenaan program itu, beliau berkata ia bagi menghidupkan budaya gotong-royong yang dapat mengeratkan hubungan masyarakat setempat.

“Kita mahu memastikan semua kawasan di ibu kota terutama yang menjadi tumpuan pelancong seperti Little India, Brickfields ini dalam keadaan yang ceria dan bersih,” katanya.– Bernama



Demikianlah Artikel Pindah kawasan bertanding bukti pembangkang tidak utamakan rakyat

Sekianlah artikel Pindah kawasan bertanding bukti pembangkang tidak utamakan rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pindah kawasan bertanding bukti pembangkang tidak utamakan rakyat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/pindah-kawasan-bertanding-bukti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :