Isu Arak : PAS Perlu Ikut Suara Majoriti Dalam PBT – Setiausaha Politik Azmin

Isu Arak : PAS Perlu Ikut Suara Majoriti Dalam PBT – Setiausaha Politik Azmin - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Arak : PAS Perlu Ikut Suara Majoriti Dalam PBT – Setiausaha Politik Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Arak : PAS Perlu Ikut Suara Majoriti Dalam PBT – Setiausaha Politik Azmin
link : Isu Arak : PAS Perlu Ikut Suara Majoriti Dalam PBT – Setiausaha Politik Azmin

Baca juga


Isu Arak : PAS Perlu Ikut Suara Majoriti Dalam PBT – Setiausaha Politik Azmin

 
 



Dalam amalan berkongsi kuasa sesebuah negara demokrasi, suara minoriti perlu mengikuti keputusan suara majoriti kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Shuhaimi yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor merujuk isu penganjuran festival makanan dan minuman yang membabitkan minuman keras yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Dalam hal bantah dan sokong masing-masing kata demokrasi, bila keputusan sudah buat hormatilah keputusan demokrasi itu. Kenapa nak jadikan isu politik pula?” soalnya dalam satu kenyataan.

AIDCNews sebelum ini mendedahkan MPK membenarkan pesta arak diadakan disebabkan sokongan darpada 18 orang Ahli Majlis (daripada DAP dan PKR) berbanding 5 Ahli Majlis yang menentang (daripada PAS)

Selanjutnya, sila baca “Pesta Arak Dibenarkan Bukti DAP Dominan Di Selangor” dan “Majlis Perbandaran Klang Lulus Permohonan Pesta Arak

Shuhaimi berkata sepatutnya isu ini tidak diperbesarkan sama ada oleh pihak DAP ataupun PAS.
“Saya nampak kedua-dua pihak sengaja kecohkan isu ini. Benda ikut peraturan dan buat apa hendak bising-bising.

“Semua ada hak bantah dan sokong. Biarlah pihak berkuasa tentukan boleh atau tidak,” katanya.
Beliau berkata PKR Selangor enggan terlibat dalam isu tersebut yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

“Saya tak mahu ditarik masuk ke kancah itu. Kami ada pendirian tersendiri seperti mana menteri besar (Datuk Seri Azmin Ali) jelaskan sebelum ini,” katanya.

Sabtu lalu, PAS berkata tindakan pemimpin DAP Selangor meminta PAS supaya tidak menjadi “hero” dalam isu pesta bir di Selangor sebagai “kebudak-budakan”.

Sebelum itu, Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim mengingatkan PAS supaya tidak mencampuri urusan penganjuran festival makanan dan minuman yang membabitkan minuman keras di negeri itu. Beliau mengingatkan PAS bahawa kadar AIDS dan isu sosial di Kelantan lebih tinggi berbanding Selangor walaupun pesta arak tidak dianjurkan di negeri itu.

Sebelum ini, media melaporkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi kebenaran kepada penganjuran festival makanan dan minuman Jerman pada 12 & 13 Oktober ini di Centro Mall tetapi melarang penggunaan perkataan “Oktoberfest” dan penyertaan orang Islam.

Festival itu merupakan acara peribadi dan dianjurkan secara tertutup.



Demikianlah Artikel Isu Arak : PAS Perlu Ikut Suara Majoriti Dalam PBT – Setiausaha Politik Azmin

Sekianlah artikel Isu Arak : PAS Perlu Ikut Suara Majoriti Dalam PBT – Setiausaha Politik Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Arak : PAS Perlu Ikut Suara Majoriti Dalam PBT – Setiausaha Politik Azmin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/isu-arak-pas-perlu-ikut-suara-majoriti.html

Subscribe to receive free email updates: