Judul : Jenazah Shyzlin dijangka tiba Selasa
link : Jenazah Shyzlin dijangka tiba Selasa
Jenazah Shyzlin dijangka tiba Selasa
ANTARAPOSJOHOR BAHRU: Jenazah Shyzlin Hathaman dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada petang Selasa ini.
Perkara itu disahkan Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia (BiKUM), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam sidang media di rumah waris Allahyarham di Larkin Jaya di sini, hari ini.
Katanya, BiKUM sudah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan Wisma Putra serta kerajaan Peru berkaitan perkara itu.
"Hasil usaha dilakukan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke tanah air dan dijangka tiba selewat-lewatnya petang Selasa ini, kecuali jika berlaku perkara di luar jangkaan kita.
"Hari ini, proses menguruskan jenazah termasuk proses mengawet dan menguruskan permit selain urusan mandi serta mengafan sedang giat dilakukan pihak kedutaan untuk urusan membawa pulang jenazah ke tanah air," katanya.
Shyzlin adalah mangsa keldai dadah yang meninggal dunia di Peru, Ahad lalu ekoran komplikasi beberapa penyakit.
Dia yang dipenjara dan terkandas di negara itu sejak lapan tahun lalu, berasal dari Johor, menghidap beberapa penyakit termasuk asma dan kencing manis.
Dalam pada itu Shamsul Anuar berkata, mengikut perancangan BiKUM, sebaik tiba di KLIA, jenazah akan terus dibawa ke Masjid Larkin untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh.
"Segala kos berkaitan proses membawa pulang jenazah akan ditanggung sepenuhnya BiKUM dengan dibantu Badan Perhubungan Umno Johor.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Kaunselor Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), Kedutaan Malaysia di Peru dan Badan Perhubungan Umno Johor bagi komitmen dalam menguruskan perkara ini," katanya.
Demikianlah Artikel Jenazah Shyzlin dijangka tiba Selasa
Sekianlah artikel Jenazah Shyzlin dijangka tiba Selasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jenazah Shyzlin dijangka tiba Selasa dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/jenazah-shyzlin-dijangka-tiba-selasa.html