Kementerian selidik tindakan Oman larang menuntut di 4 IPT Malaysia

Kementerian selidik tindakan Oman larang menuntut di 4 IPT Malaysia - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kementerian selidik tindakan Oman larang menuntut di 4 IPT Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kementerian selidik tindakan Oman larang menuntut di 4 IPT Malaysia
link : Kementerian selidik tindakan Oman larang menuntut di 4 IPT Malaysia

Baca juga


Kementerian selidik tindakan Oman larang menuntut di 4 IPT Malaysia

 
Times of Oman melaporkan Kementerian Pendidikan Tinggi Oman tidak membenarkan pelajar mereka menuntut di 4 universiti di Malaysia.


idris


JAKARTA: Kementerian Pendidikan Tinggi akan melihat secara positif dan menyeluruh berhubung tindakan kerajaan Oman tidak membenarkan pelajar mereka menuntut di 4 universiti di Malaysia, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata kementerian sentiasa mementingkan kualiti pendidikan yang ditawarkan di setiap universiti dan tidak akan berkompromi dengan kualiti yang ditawarkan oleh universiti awam dan swasta di tanah air.

“Kami sedang selidik sebenarnya (perkara itu) supaya tidak ada silap faham…jika ada kesilapan kami akan terus tambah baik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Pameran Pendidikan Tinggi Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan The Times of Oman yang melaporkan Kementerian Pendidikan Tinggi Oman tidak membenarkan pelajar mereka menuntut di 4 universiti di Malaysia.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengiktirafan Institusi Pengajian Tinggi Luar Oman dan Kesesuaian Kelayakan Pendidikan, negara itu mengeluarkan keputusan untuk berhenti berurusan dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Universiti Pengurusan & Keusahawanan Binary dan Universiti Segi.

Laporan itu menyatakan, keputusan itu dibuat selepas merujuk pelbagai “kegagalan” yang dikaitkan dengan IPT berkenaan. Seramai 378 pelajar Oman menuntut di 4 universiti berkenaan.

Idris berkata pihak kementerian sentiasa memantau kualiti pendidikan tinggi yang ditawarkan di negara itu bagi memastikan ia mencapai tahap yang ditetapkan.

Terdahulu dalam ucaptamanya bertajuk Rekayasa Pendidikan Tinggi Untuk Masa Depan dan Renovasi Industri ke-4: Berbagi Pengalaman Malaysia-Indonesia, Idris berkata renovasi industri itu tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan sebaliknya akan mencipta kerja baharu.

Mengenai pameran pendidikan tinggi Malaysia itu, Idris yang dalam rangka lawatan rasmi 3 hari ke Indonesia berkata pihaknya menyasarkan lebih ramai penuntut Indonesia melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

“Kini terdapat 9,000 penuntut Indonesia di Malaysia dan kami harap jumlah itu akan bertambah menjadi 11,000 atau 20,000 pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata sasaran pameran itu adalah untuk menarik pelajar yang tamat sekolah menengah atas di Indonesia memilih untuk melanjutkan pengajian di Malaysia memandangkan apa yang ditawarkan di universiti Barat boleh diperoleh di Malaysia dengan kos yang lebih murah.

Pameran pendidikan tinggi itu disertai Universiti Malaysia Pahang (UMP); Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP); Universiti Sultan Zainal Abdidin (UniSZA); Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Universiti Tun Hussein Onn (UTHM); Universiti Teknikal Malaysia (UteM); Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Sarawak Malaysia (UNIMAS).

Universiti swasta pula ialah Universiti Pengurusan dan Sains (MSU); Universiti Lim Kok Wing; Universiti Teknologi & Inovasi Asia Pasifik (APU), Kolej Taylors; Universiti Segi; Universiti Help, dan Universiti Meritus.

Pagi tadi Idris mengadakan pertemuan dengan Menteri Riset Teknologi dan Pendidikan Tinggi Indonesia Prof H Mohamad Nasir bagi membincangkan usaha untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi antara Malaysia dan Indonesia.



Demikianlah Artikel Kementerian selidik tindakan Oman larang menuntut di 4 IPT Malaysia

Sekianlah artikel Kementerian selidik tindakan Oman larang menuntut di 4 IPT Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kementerian selidik tindakan Oman larang menuntut di 4 IPT Malaysia dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/kementerian-selidik-tindakan-oman.html

Subscribe to receive free email updates: