Judul : Kereta terbakar selepas rempuh pusat khidmat Adun Umno
link : Kereta terbakar selepas rempuh pusat khidmat Adun Umno
Kereta terbakar selepas rempuh pusat khidmat Adun Umno
Dua remaja lelaki nyaris maut apabila kereta mereka terbabas dan merempuh Pusat Khidmat ADUN Teluk Air Tawar awal pagi tadi.
BUTTERWORTH: Dua remaja lelaki nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, kereta yang dinaiki 2 remaja berusia 19 tahun itu terbabas sebaik tiba di persimbangan bersebelahan pusat khidmat Datuk Jahara Hamid itu.
Jurucakap polis berkata berdasarkan siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Persona itu dalam perjalanan dari arah Butterworth menuju ke Kepala Batas dan semasa kemalangan jalan di situ lengang.
“Kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang elektrik berhampiran serta melanggar bahagian tepi bangunan pusat khidmat tersebut.
Akibat rempuhan itu, kereta dinaiki 2 remaja berkenaan terbakar dan mereka bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri dan berjaya keluar dari kenderaan tersebut,” katanya hari ini.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth Mohd Faizwan Che Amat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1 pagi sebelum 7 anggota bersama 1 jentera tiba di lokasi kemalangan kira-kira 5 minit kemudian.
Katanya semasa tiba, api sedang marak dan sebahagian kereta mangsa telah terbakar serta kemalangan itu turut menyebabkan bahagian luar pusat khidmat berkenaan turut terbakar.
“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran dan memadamkan keseluruhan api dalam masa setengah jam.Tiada mangsa yang cedera dalam kemalangan itu,” katanya.
Kebakaran itu turut menyebabkan kerosakan pada dinding, perkakasan dan kelengkapan serta siling pusat khidmat ADUN berkenaan.
Demikianlah Artikel Kereta terbakar selepas rempuh pusat khidmat Adun Umno
Sekianlah artikel Kereta terbakar selepas rempuh pusat khidmat Adun Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kereta terbakar selepas rempuh pusat khidmat Adun Umno dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/kereta-terbakar-selepas-rempuh-pusat.html