Tsunami Melayu’ bukan jaminan kemenangan PH, kata Merdeka Center

Tsunami Melayu’ bukan jaminan kemenangan PH, kata Merdeka Center - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tsunami Melayu’ bukan jaminan kemenangan PH, kata Merdeka Center, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tsunami Melayu’ bukan jaminan kemenangan PH, kata Merdeka Center
link : Tsunami Melayu’ bukan jaminan kemenangan PH, kata Merdeka Center

Baca juga


Tsunami Melayu’ bukan jaminan kemenangan PH, kata Merdeka Center

 
Ibrahim Suffian berkata pengundi Melayu tidak akan memilih parti yang mereka rasa tiada harapan untuk menang.


Ibrahim-Suffian

KUALA LUMPUR: Sebuah firma penyelidik berkata “tsunami Melayu” tidak menjamin kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) walaupun pembangkang mendakwa ia akan menjejaskan Umno pada pilihan raya umum (PRU) akan akan.

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata walaupun terdapat tindak balas terhadap Barisan Nasional, pengundi Melayu mungkin akan mengundi PAS dan bukannya pakatan pembangkang.

Katanya, pengundi Melayu mempunyai kebimbangan lain seperti isu hak Melayu yang mesti ditangani.

“Tsunami ini adalah kesan dari ketidakpuasan terhadap perkara seperti GST, kos sara hidup tinggi yang boleh mengubah undian.

“Tetapi faktor ekonomi semata-mata bukan isu penting bagi mereka. Hak Melayu juga menjadi faktor. Jadi kita tidak pasti orang Melayu akan undi siapa. Ia mungkin tidak menyokong PH, tapi jika sokong PAS, ia seperti menyokong BN,” katanya kepada FMT selepas ceramah di forum bertajuk “Multi-Cornered Contest: Bane or Boon?”.
 Ibrahim merujuk istilah “tsunami Melayu” sebagai “perubahan undian” bagi pengundi yang tidak setia kepada mana-mana parti.

Pengundi, katanya, tidak akan menyokong parti yang mereka rasa tidak mempunyai peluang untuk menang atau tidak memenuhi kriteria yang mereka tetapkan.

“Mereka mungkin membuat keputusan untuk menjadi pragmatik dan mengundi calon yang akan membawa pembangunan di kawasan mereka.”

Ibrahim juga berpendapat pembangkang mengambil pandangan mudah apabila mengatakan mereka boleh membentuk “tsunami Melayu”.

Julai lalu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata “tsunami Melayu” dalam PRU akan datang tidak dapat dihentikan kerana orang Melayu telah hilang kepercayaan kepada Umno.

“Insya Allah, ‘tsunami Melayu’ yang dicetuskan oleh PPBM akan meranapkan virus ‘Cash is King’ yang sedang dideritai oleh Umno dan memulihkan kembali negara kita yang tercinta. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa kepada Ilahi,” katanya memetik laporan Malaysiakini.



Demikianlah Artikel Tsunami Melayu’ bukan jaminan kemenangan PH, kata Merdeka Center

Sekianlah artikel Tsunami Melayu’ bukan jaminan kemenangan PH, kata Merdeka Center kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tsunami Melayu’ bukan jaminan kemenangan PH, kata Merdeka Center dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/tsunami-melayu-bukan-jaminan-kemenangan.html

Subscribe to receive free email updates: