Judul : Malaysia, Qatar tandatangani empat MoU
link : Malaysia, Qatar tandatangani empat MoU
Malaysia, Qatar tandatangani empat MoU
ANTARAPOSPUTRAJAYA: Malaysia dan Qatar menandatangi empat memorandum persefahaman (MoU) di Seri Perdana di sini hari ini dalam mengeratkan hubungan dua hala antara dua negara.
Empat MoU berkenaan adalah kerjasama dalam bidang latihan diplomat, kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, kerjasama aktiviti perundangan dan kerjasama kehakiman.
Mewakili Malaysia dalam majlis menandatangani MoU terbabit adalah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.
Kerajaan Qatar pula diwakili oleh Menteri Luarnya, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani dan Ketua Majlis Kehakiman Tertinggi Qatar, Masoud Mohamed A. Amiri.
Majlis tandatangan MoU itu turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani.
Sebelum majlis berkenaan, Najib bersama Sheikh Tamim mengadakan Mesyuarat Terhad dan Mesyuarat Delegasi secara tertutup.
Terdahulu Sheikh Tamim yang mengadakan kunjungan sulung ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi negara di perkarangan Parlimen hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berangkat pada istiadat sambutan itu yang turut dihadiri Perdana Menteri.
Malam ini, Emir Qatar itu akan diraikan pada majlis jamuan negara di Istana Negara.
Lawatan negara dua hari Sheikh Tamim adalah atas jemputan Sultan Muhammad V.
Demikianlah Artikel Malaysia, Qatar tandatangani empat MoU
Sekianlah artikel Malaysia, Qatar tandatangani empat MoU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysia, Qatar tandatangani empat MoU dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/malaysia-qatar-tandatangani-empat-mou.html