Judul : Orang ramai serbu restoran makan percuma
link : Orang ramai serbu restoran makan percuma
Orang ramai serbu restoran makan percuma
Orang ramai serbu Restoran Gabungan NGO 1Malaysia.
Pelanggan, Amiruddin Jali, 60, berkata,menu makanan di restoran ini juga sedap.
“Makanan disediakan secara buffet, menu pada hari pembukaan ini adalah masakan selera kampung atau menu kenduri kahwin ada nasi minyak dan nasi biasa serta pelbagai jenis lauk.
Saya berharap restoran percuma ini dapat membuka cawangan di beberapa lokasi lain,” katanya.
Seorang lagi pelanggan dari Johor Baharu, Ling Ka Man, 60, berkata, dia mengetahui restoran ini daripada laman sosial.
“Kebetulan saya ada urusan untuk membuat visa di Kuala Lumpur, kemudian saya datang ke restoran ini untuk merasai masakannya, menu di ini sedap.
“Perbuatan pemilik restoran ini amat baik kerana memberi makanan percuma pada orang ramai. Pemilik restoran juga mengalu-alukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Restoran makan percuma bukan bahan politik ]
Sementara itu, Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, menu makanan percuma ini disediakan untuk 1,000 rakyat setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
“Pada hari ini, saya terpaksa menambah kuantiti juadah sebanyak 1,000 lagi kerana ada sebahagian makanan sudah habis pada jam 1 petang,” katanya.
Menu pada hari pembukaan restoran ini antaranya, ayam goreng masak merah, sambal ikan, ikan goreng, kubis masak lemak putih dan jagung rebus. Air yang disediakan pula air sirap dan air mineral.
Demikianlah Artikel Orang ramai serbu restoran makan percuma
Sekianlah artikel Orang ramai serbu restoran makan percuma kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Orang ramai serbu restoran makan percuma dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/orang-ramai-serbu-restoran-makan-percuma.html