Judul : Perbicaraan kes bunuh Jong-nam bermula
link : Perbicaraan kes bunuh Jong-nam bermula
Perbicaraan kes bunuh Jong-nam bermula
ANTARAPOSSHAH ALAM: Perbicaraan kes pembunuhan lelaki warga Korea, Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bermula hari ini.
Seawal 6.00 pagi lagi, Kompleks Mahkamah Shah Alam menjadi tumpuan pengamal media tempatan dan asing bagi membuat liputan perbicaraan kes dua suspek wanita yang menghadapi pertuduhan membunuh Jong-nam atau Kim Chol.
Lebih 100 warga media berkumpul untuk membuat liputan kes berprofil tinggi itu.
Malah terdapat sebilangan mereka berada di perkarangan mahkamah seawal 1.30 pagi.
Dua suspek wanita, iaitu warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kira-kira jam 8 pagi tadi.
Kedua-duanya tiba dengan memakai baju-T berwarna hitam serta berseluar gelap termasuk vest kalis peluru, akan dibicarakan bermula hari ini.
Kedua-duanya dituduh bersama empat yang lain yang masih bebas membunuh Jong-nam atau Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi 13 Februari lalu.
Dalam pada itu pihak mahkamah hanya menyediakan 20 tempat duduk kepada media sementara jurugambar dan jurukamera tidak dibenarkan masuk ke kawasan lobi.
Kawalan di sekitar kompleks mahkamah diperketatkan dengan kehadiran ramai anggota polis.
Pada 1 Mac kedua-dua wanita itu dihadapkan di Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan membunuh Jong-nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas.
Pada 28 Julai Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Azmi Ariffin menetapkan 23 hari bermula hari ini sehingga 30 November bagi perbicaraan kes.
Demikianlah Artikel Perbicaraan kes bunuh Jong-nam bermula
Sekianlah artikel Perbicaraan kes bunuh Jong-nam bermula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perbicaraan kes bunuh Jong-nam bermula dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/perbicaraan-kes-bunuh-jong-nam-bermula.html