PSM akan tanding di Cameron Highlands, satu kerusi di Kelantan

PSM akan tanding di Cameron Highlands, satu kerusi di Kelantan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PSM akan tanding di Cameron Highlands, satu kerusi di Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PSM akan tanding di Cameron Highlands, satu kerusi di Kelantan
link : PSM akan tanding di Cameron Highlands, satu kerusi di Kelantan

Baca juga


PSM akan tanding di Cameron Highlands, satu kerusi di Kelantan

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan akan meletakkan calonnya di Kelantan dan Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S. Arutchelvan berkata, untuk penampilan julung kali di kedua-dua negeri itu, PSM akan meletakkan dua calon di Pahang manakala hanya seorang calon bakal dipertandingkan di Kelantan.
 
"Di Kelantan dan Pahang, kami hanya meletakkan dua calon di Pahang dan seorang di Kelantan, jadi (maknanya) tiga calon.
 
"Di Cameron Highlands buat pertama kalinya kita meletakkan seorang calon orang asli di DUN Jelai, dan juga di (Parlimen) Cameron Higlands kita meletakkan Suresh, seorang aktivis yang aktif dalam isu-isu alam sekitar.
 
"Di Kelantan pula, PSM meletakkan seorang calon yang cukup popular di kawasan itu kerana di Kelantan PSM buat banyak kerja dan ramai anak-anak muda menyokong calon PSM, jadi kita meletakkan seorang calon yang buat kerja," katanya ketika ditemu bual Antarapos selepas memberikan ceramah anjuran PSM di Pekan Sri Muda Shah Alam, malam tadi.
 
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan calon dan kerusi mana yang akan menjadi pilihan PSM di negeri pimpinan kerajaan PAS itu.
 
Ketika ditanya tentang penerimaan pengundi di Pahang dan Kelantan ke atas calon-calon parti itu, ini jawapan beliau.
 
"Saya rasa kami boleh diterima (di Kelantan), dan ini juga satu ujian sama ada rakyat di Kelantan boleh menerima dan tanpa mencuba kami tidak tahu," katanya.
 
Untuk rekod PSM kini hanya mempunyai kerusi tunggal di  Parlimen Sungai Siput yang dimenangi Dr Jeyakumar Devaraj atas tiket PKR pada PRU lepas. 
 
Namun PSM gagal mempertahankan kerusi DUN Kota Damansara apabila pengerusinya, Dr Mohd Nasir Hashim tewas selepas pertembungan tiga penjuru disebabkan kehadiran calon PAS.
 
Mengulas lanjut Arutchelvan berkata partinya itu kini sudah bersedia menghadapi saingan empat penjuru dengan mana-mana parti.
 
Malah menurut bekas Setiausaha Agung PSM itu, beliau melihat saingan pada PRU kali ini adalah sangat berbeza berbanding PRU13 selepas berlaku terlalu banyak perpecahan di dalam blok pembangkang.
 
"Kami rasa pilihan raya ini adalah pilihan raya banyak penjuru, pilihan raya kali ini bukan di antara dua pilihan, banyak pilihan dan kemungkinan besar peluang untuk Barisan Nasional menang begitu baik sekali, itu adalah relaitinya kerana pembangkang berpecah.
 
"Dan saya rasa tidak ada satu semangat untuk membawa semua pembangkang bersama kerana isu Amanah dan PAS tidak boleh selesai," katanya.
  



Demikianlah Artikel PSM akan tanding di Cameron Highlands, satu kerusi di Kelantan

Sekianlah artikel PSM akan tanding di Cameron Highlands, satu kerusi di Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PSM akan tanding di Cameron Highlands, satu kerusi di Kelantan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/psm-akan-tanding-di-cameron-highlands.html

Subscribe to receive free email updates: