Judul : Syed Saddiq dakwa wujud 'rangkaian dedak' dalam PPBM
link : Syed Saddiq dakwa wujud 'rangkaian dedak' dalam PPBM
Syed Saddiq dakwa wujud 'rangkaian dedak' dalam PPBM
Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
KUALA LUMPUR: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa bahawa wujudnya rangkaian dedak yang sistematik sedang digunakan untuk mempengaruhi pemimpin kanan keluar meninggalkan parti.
Beliau juga mendedahkan bahawa tiga pengasas PPBM yang telah keluar parti sebelum ini iaitu Kamarulazman Habibur Rahman, Anina Saaduddin dan Datuk Hamidah Osman adalah individu yang didakwa turut menerima habuan berkenaan.
"Cubaan untuk mengeluarkan saya daripada PPBM bermula, rangkaian dedak ini ingin pastikan bahawa pengasas-pengasas dan pimpinan kanan meninggalkan parti supaya lebih senang untuk perjuangan ini dilabel sebagai perjuangan "peribadi" Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin.
"Pada bulan 12 tahun lepas saya dihubungi Cikgu Kamarul dengan niat sama, pada ketika itu dia sudah goyang dan berniat tinggalkan parti. Pada masa itu saya difahamkan ramai lagi pemimpin tertinggi yang ditawarkan umpan yang sama dan masih sedang diumpan," Saddiq berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengumumkan menolak tawaran belajar ke Universiti Oxford yang dakwanya ia juga merupakan usaha untuk beliau keluar PPBM.
Demikianlah Artikel Syed Saddiq dakwa wujud 'rangkaian dedak' dalam PPBM
Sekianlah artikel Syed Saddiq dakwa wujud 'rangkaian dedak' dalam PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Syed Saddiq dakwa wujud 'rangkaian dedak' dalam PPBM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/syed-saddiq-dakwa-wujud-rangkaian-dedak.html