Judul : Rakyat Malaysia maut terkena tembakan rambang di Tak Bai
link : Rakyat Malaysia maut terkena tembakan rambang di Tak Bai
Rakyat Malaysia maut terkena tembakan rambang di Tak Bai
ANTARAPOSTUMPAT: Seorang lelaki rakyat Malaysia maut selepas terkena tembakan rambang berhampiran sekatan jalan raya di Kampung Cek He, Takbai, Thailand dekat sini malam tadi.
Memetik laporan Utusan Online, dalam kejadian kira 10.30 malam itu, mangsa Wan Mohd Zain Wan Hussain, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang juga seorang tukang masak membonceng 'motosikal tambang' telah ditahan oleh polis untuk pemeriksaan.
Ketika polis sedang menjalankan pemeriksaan, sekumpulan lelaki lengkap dengan senjata api telah melepaskan tembakan rambang ke arah pasukan keselamatan sehingga terkena Wan Mohd Zain.
Dikatakan sebutir bom yang diletakkan kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian juga telah meletup selepas insiden berkenaan.
Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Narathiwat untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor.
Demikianlah Artikel Rakyat Malaysia maut terkena tembakan rambang di Tak Bai
Sekianlah artikel Rakyat Malaysia maut terkena tembakan rambang di Tak Bai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rakyat Malaysia maut terkena tembakan rambang di Tak Bai dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/rakyat-malaysia-maut-terkena-tembakan.html