Sultan Selangor titah MAIS tarik balik pengtauliahan Zamihan

Sultan Selangor titah MAIS tarik balik pengtauliahan Zamihan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Selangor titah MAIS tarik balik pengtauliahan Zamihan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Selangor titah MAIS tarik balik pengtauliahan Zamihan
link : Sultan Selangor titah MAIS tarik balik pengtauliahan Zamihan

Baca juga


Sultan Selangor titah MAIS tarik balik pengtauliahan Zamihan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik pengtauliahan mengajar yang diberikan kepada Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin.
 
Dalam satu kenyataan Istana Selangor hari ini, Sultan Sharafuddin turut menitahkan supaya keahlian Zamihan dalam Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor dibatalkan mengikut Peraturan 4, Peraturan-peraturan Tauliah Negeri Selangor 2008.
 
Keputusan itu diambil selepas baginda mengadakan perbincangan dengan Dewan Diraja Selangor hari ini.
 
Kenyataan itu juga menambah, tindakan tersebut diambil ekoran ceramah agama yang disampaikan Zamihan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, awal bulan ini yang mengandungi perkataan bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau ke atas Institusi Diraja.
 
Dalam kuliahnya di masjid tersebut 7 Oktober lalu, Zamihan dikatakan menyelar pendirian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan isu dobi mesra muslim di negeri itu.
 
“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban...’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” kata Zamihan dalam rakaman video yang tular dan dimuat naik di Youtube.
 
Zamihan kemudian memohon maaf kepada Sultan Johor, tetapi menyerang beberapa media sambil mendakwa dirinya difitnah.
 
Susulan ceramah kontroversi itu, Zamihan ditahan pada Rabu lalu dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan  di bawah Seksyen 4 (a) Akta Hasutan.
 
Pendakwah itu dibebaskan pada Sabtu selepas permohonan polis untuk melanjutkan perintah tahanan reman terhadapnya ditolak oleh mahkamah.
 
 


Demikianlah Artikel Sultan Selangor titah MAIS tarik balik pengtauliahan Zamihan

Sekianlah artikel Sultan Selangor titah MAIS tarik balik pengtauliahan Zamihan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Selangor titah MAIS tarik balik pengtauliahan Zamihan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/sultan-selangor-titah-mais-tarik-balik.html

Subscribe to receive free email updates: