Judul : SPRM tunggu tambahan anggota sejak 2008
link : SPRM tunggu tambahan anggota sejak 2008
SPRM tunggu tambahan anggota sejak 2008
Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata kekuatan 2,800 anggota pada masa ini adalah tidak mencukupi untuk suruhanjaya itu dan menjadi kekangan utama dalam melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap jumlah anggotanya dapat ditambah kepada 5,000 orang seperti yang dijanjikan sejak pelancarannya pada 2008.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata kekuatan 2,800 anggota pada masa ini adalah tidak mencukupi untuk suruhanjaya itu dan menjadi kekangan utama dalam melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan
“Sewaktu transformasi daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi SPRM 9 tahun lepas, kerajaan bersetuju untuk meningkatkan jumlah anggota kepada sekurang-kurangnya 5,000 bagi mencontohi model Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah di Hong Kong, namun sehingga sekarang, jumlah itu masih belum tercapai.
“Itu merupakan antara faktor mengapa SPRM menghadapi kekangan dalam menjalankan penguatkuasaan dan siasatan serta mengadakan kempen dan program pendidikan berkaitan rasuah,” katanya pada Sidang Meja Bulat Harapan Rakyat Malaysia Sempena Ulang Tahun BPR/SPRM Ke-50 di sini malam tadi.
Sidang meja bulat anjuran Malaysia Corruption Watch itu disertai lebih 30 individu yang mewakili pelbagai badan bukan kerajaan serta bertujuan antara lain membincangkan dan berkongsi pandangan berhubung isu rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.
Sidang itu juga sepakat menolak penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) yang diutarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, bagi memastikan SPRM kekal sebagai sebuah agensi bebas.
Demikianlah Artikel SPRM tunggu tambahan anggota sejak 2008
Sekianlah artikel SPRM tunggu tambahan anggota sejak 2008 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPRM tunggu tambahan anggota sejak 2008 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/sprm-tunggu-tambahan-anggota-sejak-2008.html