Datuk Seri serang anggota RELA didakwa berkaitan dadah

Datuk Seri serang anggota RELA didakwa berkaitan dadah - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Seri serang anggota RELA didakwa berkaitan dadah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Seri serang anggota RELA didakwa berkaitan dadah
link : Datuk Seri serang anggota RELA didakwa berkaitan dadah

Baca juga


Datuk Seri serang anggota RELA didakwa berkaitan dadah

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk Seri” yang didakwa menyerang dan mencederakan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), minggu lepas, sekali lagi dihadapkan di dua Mahkamah Majistret berasingan hari ini atas dua tuduhan menggunakan dadah.
 
Liow Soon Hee, 29, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan Majistret Haslinda A Raof di Mahkamah Majistret Ampang.
 
Di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Liow didakwa atas pertuduhan menggunakan dadah berbahaya jenis methamphetamine di tandas pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada jam 9.40 malam, 11 Feb 2014.
 
Seperti yang dilaporkan sebuah agensi portal berita, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda sehingga RM5,000 dan perintah pengawasan sehingga 3 tahun, jika sabit kesalahan.
 
Timbalan Pendakwa Raya, Akmal Anuar menawarkan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap Liow.
 
Peguam Farhana Abd Halim memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya didakwa di Mahkamah Ampang Jumaat lalu atas pertuduhan lain.
 
Majistret Namirah Hanum membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berdekatan.
Mahkamah menetapkan 4 Disember ini untuk sebutan semula kes.
 
Di Mahkamah Majistret Ampang, Liow didakwa menggunakan dadah berbahaya iaitu amphetamine dan methamphetamine di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ampang Jaya, pada jam 5 petang, 30 Oktober lepas mengikut seksyen yang sama.
 
Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak menawarkan wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
 
Haslinda membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan semula kes.
 
Jumaat lepas, Liow mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang atas 4 pertuduhan menyebabkan cedera parah, menyerang penjawat awam dan menyebabkan kecederaan kepada 3 anggota RELA yang sedang bertugas di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, 3 anggota RELA iaitu Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jun Jie, 21, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.
 
Mangsa mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta tertuduh untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas



Demikianlah Artikel Datuk Seri serang anggota RELA didakwa berkaitan dadah

Sekianlah artikel Datuk Seri serang anggota RELA didakwa berkaitan dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Seri serang anggota RELA didakwa berkaitan dadah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/11/datuk-seri-serang-anggota-rela-didakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :