Judul : Mangsa banjir di Kedah menurun setakat 4 petang
link : Mangsa banjir di Kedah menurun setakat 4 petang
Mangsa banjir di Kedah menurun setakat 4 petang
ANTARAPOSALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah hingga 4 petang tadi menurun kepada 2,616 orang berbanding 2,790 yang direkodkan tengah hari tadi.
Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata kesemua mangsa daripada 686 keluarga ditempatkan di 24 pusat pemindahan di Kuala Muda, Yan, Kulim, Baling dan Pendang.
Di Kuala Muda, 12 pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Dewan Kampung Tengah Padang Temusu menempatkan 70 orang, Dewan Kampung Bukit Belah Batu Dua (19), Dewan Kampung Lebai Ali (171), Dewan Taman Bedong Jaya (72), surau Taman Malinja (50) dan Dewan Kampung Segantang Garam (38).
Selain itu, surau Kampung Jawa (155), Dewan Kampung Bujang (86), Dewan Kampung Sungai Pial (174), surau Kampung Jilid 4/5 (70), Dewan Taman Setia Budi (61) dan surau Kampung Lebai Ali dengan 298 mangsa.
Di Kulim pula sembilan pusat pemindahan dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih (46), Surau Al-Haq (30), SK Permatang Tok Dik (563), Surau Al-Ikhlas Karangan (231), SK Sungai Karangan (30), Masjid Selarong Panjang (28), surau Kampung Baru Jemerli (20), SK Merbau Pulas (88) dan SK Selama seramai 30 mangsa.
Sementara itu, sebuah pusat pemindahan dibuka masing-masing di Yan di surau Kampung Kepala Bukit yang menempatkan 75 mangsa, di Baling di Masjid Kuala Bakong (114) dan di Pendang di Dewan Seminar seramai 72 orang.
Dalam pada itu, 19 pusat pemindahan itu ditutup selepas mangsa banjir dibenarkan pulang berikutan air surut dan keadaan cuaca cerah.
Demikianlah Artikel Mangsa banjir di Kedah menurun setakat 4 petang
Sekianlah artikel Mangsa banjir di Kedah menurun setakat 4 petang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mangsa banjir di Kedah menurun setakat 4 petang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/11/mangsa-banjir-di-kedah-menurun-setakat.html