Judul : 2017: Selangor dibelenggu dilema politik dan pentadbiran
link : 2017: Selangor dibelenggu dilema politik dan pentadbiran
2017: Selangor dibelenggu dilema politik dan pentadbiran
THE MALAYSIAN TIMES
SHAH ALAM: Sepanjang 2017, pelbagai isu hangat membelenggu Selangor termasuk dilema politik dan pentadbiran kerajaan negeri sehingga menjurus kepada keraguan terhadap kredibiliti dan kemampuan Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Mohd Ali dalam mentadbir negeri.
Keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Mei untuk mengakhiri hubungan tahaluf siyasi dengan PKR) memberi tamparan hebat kepada kerajaan negeri sehingga timbul spekulasi pertukaran kerajaan negeri.
Isu itu menjadi lebih hangat dengan polemik kedudukan tiga anggota Exco PAS iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib dalam pentadbiran kerajaan negeri yang meletakkan Mohamed Azmin dalam keadaan ‘tersepit’ .
Walaupun kemelut itu berjaya diredakan apabila PAS memutuskan ketiga-tiga anggota Exco itu kekal berkhidmat dalam kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, namun tindakan itu menerima kecaman pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai ‘tinggal serumah, meskipun telah bercerai’.
Selangor mempunyai 56 kawasan DUN, dengan DAP menguasai 14 kerusi, PKR dan PAS masing-masing 13 kerusi, Barisan Nasional (BN) 12 kerusi dan Parti Amanah Negara serta Bebas, masing-masing dua kerusi.
Ekoran itu juga pelbagai pihak mula mempersoalkan kekuatan kerajaan Pakatan Rakyat PKR-DAP-PAS sehingga ada yang mendesak Mohamed Azmin meletakkan jawatan dan DUN dibubarkan untuk diadakan pilihan raya negeri.
Tahun 2017 turut menyaksikan pentadbiran menteri besar itu sejak 23 Sept 2014, terpalit dengan kontroversi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, antaranya ketika ‘orang kuatnya’ Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah disiasat untuk kes rasuah.
Baru-baru ini, anak saudara beliau pula ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes berkaitan kegiatan lombong pasir dan batu haram di Selangor dan Mohamed Azmin menyifatkan penahanan itu sebagai konspirasi jahat untuk memburukkan reputasinya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
Pada masa sama, menteri besar itu yang sebelum ini menolak cadangan SPRM supaya kerajaan negeri menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ditekan dengan isu pengagihan tanah di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor, yang didakwa tidak telus, berlaku salah guna kuasa, penyelewengan dan kronisme.
Dalam pada itu, isu penstrukturan semula industri air di Selangor masih gagal dimuktamadkan dan ini dilihat berpunca daripada kelengahan dan ‘keengganan’ di pihak Mohamed Azmin menawarkan sebarang harga bagi proses pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).
Terbaharu, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) bertindak memfailkan saman hampir RM14 bilion terhadap bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mohamed Azmin dan kerajaan Selangor selepas mendakwa kerajaan negeri ‘mungkir janji’ dalam soal pengambilalihan itu.
Selangor turut menarik perhatian ramai pada tahun ini apabila penganjuran dua pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ dan ‘Centro German F&B Party’ dicadang diadakan di negeri itu pada Oktober.
Penganjuran pesta itu bagaimanapun tidak mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapat maklumat terdapat pergerakan luar merancang untuk melancarkan serangan.
Namun pendirian Mohamed Azmin dan kerajaan negeri membenarkan penganjuran pesta arak itu pada awalnya, dengan syarat peraturan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan dipatuhi, dikecam banyak pihak. — Bernama

Demikianlah Artikel 2017: Selangor dibelenggu dilema politik dan pentadbiran
Sekianlah artikel 2017: Selangor dibelenggu dilema politik dan pentadbiran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 2017: Selangor dibelenggu dilema politik dan pentadbiran dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/2017-selangor-dibelenggu-dilema-politik.html