PDRM wajibkan ujian sampel rambut bakal anggota bermula 2018

PDRM wajibkan ujian sampel rambut bakal anggota bermula 2018 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PDRM wajibkan ujian sampel rambut bakal anggota bermula 2018, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PDRM wajibkan ujian sampel rambut bakal anggota bermula 2018
link : PDRM wajibkan ujian sampel rambut bakal anggota bermula 2018

Baca juga


PDRM wajibkan ujian sampel rambut bakal anggota bermula 2018

THE MALAYSIAN TIMES
 


GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengetatkan lagi proses pengambilan anggota baharu bermula tahun depan dengan mewajibkan ujian sampel rambut bagi mengesan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemohon.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata mekanisme baharu itu dijangka dilaksanakan dengan kerjasama sebuah syarikat swasta.

“PDRM memandang serius isu dadah dalam kalangan pegawai dan anggota polis kerana sejak 2010 hingga November tahun ini, seramai 2,738 orang didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Jadi, bermula tahun depan semua yang ingin menyertai pasukan (PDRM) akan menjalani ujian ini.

“Ujian ini membolehkan kita mengetahui adakah orang itu menggunakan dadah dalam tempoh lama, dengan mengambil sampel rambut untuk pengesahan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang, di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk A.Thaiveegan dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu menggantikan Datuk Chuah Ghee Lye yang bersara wajib.

Abdul Rahim berkata berdasarkan kajian yang dijalankan, pihaknya mendapati 25 peratus daripada pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah mengambil bahan terlarang itu sebelum menyertai PDRM.

Sementara itu, beliau berkata sehingga November lepas, terdapat 10,607 pegawai dan anggota polis yang masih mengalami masalah hutang serius berbanding 15,478 orang pada awal tahun ini.

Mereka ini hanya menerima gaji bersih tidak sampai 40 peratus daripada gaji kasar dan kebanyakan yang terlibat berusia 30 hingga 35 tahun dan 50 hingga 55 tahun, katanya.

“Mulai tahun ini pegawai dan anggota polis hanya boleh berhutang menerusi koperasi PDRM sahaja dalam usaha kami mengurangkan jumlah mereka terlibat dalam keberhutangan,” katanya.– Bernama



Demikianlah Artikel PDRM wajibkan ujian sampel rambut bakal anggota bermula 2018

Sekianlah artikel PDRM wajibkan ujian sampel rambut bakal anggota bermula 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PDRM wajibkan ujian sampel rambut bakal anggota bermula 2018 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/pdrm-wajibkan-ujian-sampel-rambut-bakal.html

Subscribe to receive free email updates: