Santiago yakin PH boleh menang 40% undi Melayu di Klang

Santiago yakin PH boleh menang 40% undi Melayu di Klang - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Santiago yakin PH boleh menang 40% undi Melayu di Klang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Santiago yakin PH boleh menang 40% undi Melayu di Klang
link : Santiago yakin PH boleh menang 40% undi Melayu di Klang

Baca juga


Santiago yakin PH boleh menang 40% undi Melayu di Klang

 
Ahli Parlimen Klang itu berkata, dasar sosial kerajaan Selangor memanfaatkan banyak keluarga miskin di kawasannya.


charles-santiago-pakatan-harapan

KLANG: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yakin Pakatan Harapan (PH) boleh memenangi sekurang-kurangnya 40% undi Melayu di Klang, walaupun berlaku pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Walaupun majoriti pengundi di kawasan itu terdiri daripada kaum Cina sebanyak 46%, pengundi Melayu juga tidak kurang pentingnya kerana mereka terdiri daripada 32% yang berpotensi menjejaskan peluang PH menang jika berlaku pertandingan 3 penjuru dengan Barisan Nasional dan PAS.

Pengundi India pula merangkumi 20% di kawasan itu.

Santiago bagaimanapun percaya PH masih mempunyai peluang baik, walaupun berlaku pertandingan 3 penjuru berdasarkan dakwaan “kerja baik” yang dilakukan kerajaan Selangor untuk rakyat, termasuk di Klang.

“Kerusi parlimen ini bukan satu isu. Kami membuat banyak kerja dan dasar kerajaan negeri sangat membantu,” katanya kepada FMT.

“Tidak boleh dinafikan hakikat kerajaan negeri benar-benar membantu (rakyat). Dasar sosial yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu membawa perubahan besar kepada kualiti hidup rakyat.”

Beliau mendakwa disebabkan semua dasar sosial itu — yang menurutnya banyak membantu orang Melayu dan India miskin di negeri itu — BN sukar menembusi Selangor.

“Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) hebat dan semua kaum, khasnya orang Melayu dan India miskin mendapat manfaat daripada program yang dilaksanakan.”

IPR ialah inisiatif berasaskan Selangor yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat pada 2008.

Antara programnya adalah bas percuma di Selangor, 20,000 bekalan air percuma setiap bulan dan program rumah kos rendah dikenali sebagai Rumah Selangorku.

Santiago berkata, PAS tidak menyatakan secara rasmi sama ada mereka akan bertanding di kerusi Parlimen Klang, tetapi ada khabar angin mengenainya.

Beliau mula bertanding di kerusi itu pada PRU12 menentang calon BN, Datuk Ch’ng Toh Eng dan berjaya menewaskan dengan 65% undi.

Beliau mempertahankan kerusi itu pada PRU13 selepas menewaskan calon BN, Datuk Dr Teh Kim Poo



Demikianlah Artikel Santiago yakin PH boleh menang 40% undi Melayu di Klang

Sekianlah artikel Santiago yakin PH boleh menang 40% undi Melayu di Klang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Santiago yakin PH boleh menang 40% undi Melayu di Klang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/santiago-yakin-ph-boleh-menang-40-undi.html

Subscribe to receive free email updates: