Judul : Biarlah Najib jadi diktator terakhir buat Malaysia
link : Biarlah Najib jadi diktator terakhir buat Malaysia
Biarlah Najib jadi diktator terakhir buat Malaysia
OLEH: NURUL IZZAH ANWARSeperti yang saya tegaskan sebelumnya, kita merupakan pakatan yang terbina atas dasar prinsip reformasi dan keadilan, bukan atas dasar harta, kebendaan, ataupun kepentingan mahupun kesengsaraan peribadi.
Sebahagian daripada prinsip menuntut keadilan memerlukan pengakuan kesilapan lampau, penerimaan agenda reformasi demi merubah sistem bobrok yang melahirkan diktator demi diktator.
Kita perlu mengorak langkah yakin ke depan, demi memacu harapan untuk membina masa depan Malaysia yang lebih baik.
Tindakan Tun Mahathir membantu melahirkan kepercayaan secara progresif dan mengambil kira kebimbangan dan kepentingan ramai.
Hanya Allah jualah yang mengetahui apa yang terbuku di sudut hati setiap manusia, dan kepadaNya jualah kita harus serahkan sebarang penghakiman.
Reformasi sistem wajib dilaksanakan kerana sistem yang sama telah melahirkan diktator demi diktator.
Kita mulakan langkah ke depan berbekalkan semangat 1998, demi menuai kemenangan 2018 dengan memastikan PM Najib Razak menjadi diktator terakhir buat Malaysia.
Saya terima permohonan maaf dan keterlibatan Tun Mahathir dalam usaha menyelamatkan masa depan Malaysia.
Biarlah Najib menjadi diktator terakhir buat Malaysia.
Jadikan masa depan, milik kita.
* Nurul Izzah Anwar adalah Naib Presiden KEADILAN
Demikianlah Artikel Biarlah Najib jadi diktator terakhir buat Malaysia
Sekianlah artikel Biarlah Najib jadi diktator terakhir buat Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Biarlah Najib jadi diktator terakhir buat Malaysia dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/biarlah-najib-jadi-diktator-terakhir.html