Satu lagi kawasan wabak rabies diisytihar di Sarawak

Satu lagi kawasan wabak rabies diisytihar di Sarawak - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Satu lagi kawasan wabak rabies diisytihar di Sarawak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Satu lagi kawasan wabak rabies diisytihar di Sarawak
link : Satu lagi kawasan wabak rabies diisytihar di Sarawak

Baca juga


Satu lagi kawasan wabak rabies diisytihar di Sarawak

SELANGORKINI




KUCHING : Satu lagi kawasan baru wabak rabies diisytiharkan di Sarawak, menjadikan jumlahnya kini 27.

Jawatankuasa pengurusan Bencana Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Timbalan Ketua Menteri yang juga pengerusi jawatankuasa itu Datuk Douglas Uggah Embas hari ini mengisytiharkan kawasan SMK Julau No 1, Julau, di bahagian Sarikei, sebagai kawasan terbaru wabak Rabies.

“Memandangkan kawasan kampung ini berada di luar daripada 10km radius kawasan yang telah diisytihar sebagai kawasan wabak rabies, maka kawasan ini adalah merupakan kawasan ke-27 wabak rabies,” menurut kenyataan itu.

Bahagian Serian mencatatkan jumlah kawasan diisytihar wabak rabies paling tinggi, menjangkau 20 kawasan, disusuli dengan bahagian Kuching (4), dan masing-masing satu kawasan di bahagian Samarahan, Sri Aman dan Sarikei.

Menurut kenyataan itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan mengadakan Mesyuarat Khas Rabies pada 2 Januari ini yang akan dipengerusikan oleh Douglas Uggah bagi membincangkan langkah-langkah dan strategi bagi mengekang wabak rabies daripada terus merebak ke kawasan lain.

Sebelum ini kawasan terakhir yang diumumkan sebagai kawasan ke-26 wabak rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak ialah pada 23 Okt lepas membabitkan kawasan Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya, di bahagian Samarahan.



Demikianlah Artikel Satu lagi kawasan wabak rabies diisytihar di Sarawak

Sekianlah artikel Satu lagi kawasan wabak rabies diisytihar di Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Satu lagi kawasan wabak rabies diisytihar di Sarawak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/satu-lagi-kawasan-wabak-rabies.html

Subscribe to receive free email updates: