IMAMS: Pastikan dikekalkan pembatalan walaupun selepas PRU14

IMAMS: Pastikan dikekalkan pembatalan walaupun selepas PRU14 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul IMAMS: Pastikan dikekalkan pembatalan walaupun selepas PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : IMAMS: Pastikan dikekalkan pembatalan walaupun selepas PRU14
link : IMAMS: Pastikan dikekalkan pembatalan walaupun selepas PRU14

Baca juga


IMAMS: Pastikan dikekalkan pembatalan walaupun selepas PRU14


 
IMAMS: Pastikan dikekalkan pembatalan walaupun selepas PRU14



Pembatalan pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) semalam, dibimbangi hanya untuk memenuhi tuntutan rakyat dalam tempoh menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, kata Naib Ketua Pemuda AMANAH NAsional Mohd Fakhrurazi Mohd Mokhtar

Mohd Fakhrurazi Mohd Mokhtar

“Apa yang dibimbangkan sesuatu dasar atau polisi yang dibatalkan pelaksanaannya seperti IMAMS ini, tidak bertahan lama kerana hanya memenuhi tuntutan rakyat dalam tempoh seketika, terlebih lagi dalam menghadapi pilihanraya umum ke14.

“Usai PRU ke 14, jika mereka mendapat mandat rakyat, ia kembali dilaksanakan.

“Jika itu yang berlaku, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengkhianati amanah rakyat manakala kerajaan yang memerintah akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di Akhirat kelak,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan dengan pembatalan IMAMS memperlihatkan kelemahan dan kepincangan kerajaan BN yang sangat ketara.

Ini kerana ia membuktikan Menteri di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan begitu lemah dalam memahami sesuatu dasar negara sehingga gagal memastikan kementerian membuat kajian terlebih dahulu sebelum pelaksanaan IMAMS lebih lagi yang melibatkan kepentingan umat Islam di negara ini.

Ditambah pula ujarnya lagi, dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, bahawa pembatalan IMAMS bukan bersifat politik, telah menceritakan segala-galanya.

“Kenyataan beliau (Ahmad Zahid) membenarkan bahawa ada agenda politik yang dirancang di belakang tabir. Bagi ahli politik, sesuatu kenyataan perlu dibaca dari pelbagai sudut dan dimensi.

“Jika bukan bersifat politik demi meraih sokongan umat Islam, mengapa sehingga begitu terdesak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan pelaksanaan IMAMS sehingga PM akhirnya ‘terpaksa campur tangan’ mengarahkan pembatalannya sehari selepas pengumuman itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau megulas mengenai kenyataan Ahmad Zahid semalam, yang percaya wujud pihak yang ingin mengambil peluang dalam pelaksanaan IMAMS.Beliau sekali gus menafikan dakwaan kononnya tindakan pembatalan sistem itu oleh Kerajaan dibuat atas unsur politik.

“TPM pula kononnya “terhidu sesuatu yang tidak enak” bahawa IMAMS yang akan dilaksanakan kelak dilihat mengambil peluang ke atas seseorang yang ingin mengerjakan umrah.

“Apakah beliau sudah insaf dan sedar bahawa ibadah umrah bukan sesuatu yang boleh dijual beli dan diniagakan demi kepentingan peribadi golongan tertentu.

“Apakah beliau tidak sedar ramai pemimpin bawahan di sekelilingnya sedang makan keliling dengan pelbagai dasar yang menjerut leher rakyat termasuk pelbagai cukai yang dikenakan seperti Cukai Barangan dan Pekrhidmatan (GST),” soalnya.

Menurut Mohd Fakhrurazi lagi, kenyataan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mas Ermieyati Samsudin pula seakan terkedu menyatakan tidak tahu bahawa syarikat yang diberi tanggungjawab menguruskan permohonan visa jemaah umrah, di bawah sistem IMAMS ini, sebenarnya syarikat kendalian bukan Muslim, lebih banyak menimbulkan persoalan.

“Sebenarnya niat kerajaan sudah dihidu oleh rakyat ketika Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan akan melaksanakan IMAMS.

“Antara lain dengan mengenakan kos tambahan RM90.10 termasuk RM5.10 untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), RM40 untuk insurans dan RM45 bagi sistem yang digunakan IMAMS.
Akhirnya jika IMAMS ini dikekalkan umat Islam akan terbeban dengan kenaikan kos pakej umrah.

“Dari sini kita dapat melihat, siapa pula yang dapat keuntungan, siapa yang menanggung bebanan dan penderitaan.

“Sepatutnya kerajaan tidak perlu menunggu protes dan kritikan daripada pelbagai pihak sebelum menghentikan pelaksanaan IMAMS ini.

“Dasar kerajaan yang paling utama adalah membantu rakyat, memudahkan segala urusan khususnya bagi mereka yang ingin mengerjakan ibadah umrah.

“Jika dari awal dasar ini ada dalam kotak pemikiran pemimpin negara, tidak timbul soal mengenakan pelbagai caj kepada rakyat.

“Jika niatnya untuk membendung penipuan dalam pakej umrah, cukuplah kerajaan telah menubuhkan Lesen Khas Umrah (LKU) yang dilancarkan Kementerian Pelancongan serta Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU).

“MKSU dianggotai oleh 13 agensi yang kesemuanya memantau syarikat agar perjalanan umrah dilaksanakan dengan telus dan betul,” ujarnya.



Demikianlah Artikel IMAMS: Pastikan dikekalkan pembatalan walaupun selepas PRU14

Sekianlah artikel IMAMS: Pastikan dikekalkan pembatalan walaupun selepas PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel IMAMS: Pastikan dikekalkan pembatalan walaupun selepas PRU14 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/imams-pastikan-dikekalkan-pembatalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :