Judul : Umno-Pas berhimpun solidariti Baitulmaqdis Jumaat ini
link : Umno-Pas berhimpun solidariti Baitulmaqdis Jumaat ini
Umno-Pas berhimpun solidariti Baitulmaqdis Jumaat ini
BERNAMA
Langkah bagi menangani nasib rakyat Palestin akan diketengahkan pada perhimpunan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin Pas di Putrajaya, Jumaat ini.
Beliau yang juga Presiden Umno berkata, parti tonggak Barisan Nasional berkenaan dan Pas perlu bersama-sama dalam mencari jalan untuk menangani isu berkenaan.
“Perlu ada pendirian bersama apabila membabitkan isu kepentingan Islam dan umatnya,” kata Najib kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau di ibu negara Bahrain, awal pagi Ahad.
Turut sama ialah Menteri Pertahanan yang juga Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Najib berkata, beliau juga akan menjelaskan pendirian rasmi Malaysia berhubung perkara tersebut.
Menurut laporan, Najib akan menyertai perhimpunan itu bersama-sama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Perdana Menteri berkata, beliau juga akan menjelaskan tentang hasil yang dicapai pada sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul baru-baru ini.
Keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel menimbulkan kemarahan dan kutukan masyarakat Islam seluruh dunia.
Demikianlah Artikel Umno-Pas berhimpun solidariti Baitulmaqdis Jumaat ini
Sekianlah artikel Umno-Pas berhimpun solidariti Baitulmaqdis Jumaat ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Umno-Pas berhimpun solidariti Baitulmaqdis Jumaat ini dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/umno-pas-berhimpun-solidariti.html