Judul : Jumlah mangsa banjir Kelantan semakin berkurangan, seramai 8,134 setakat 8 pagi
link : Jumlah mangsa banjir Kelantan semakin berkurangan, seramai 8,134 setakat 8 pagi
Jumlah mangsa banjir Kelantan semakin berkurangan, seramai 8,134 setakat 8 pagi
ANTARAPOSKOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus mencatatkan penurunan pada pagi ini.
Setakat jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa berkurangan kepada 8,134 berbanding 9,002 mangsa malam tadi.
Kesemua mangsa membabitkan 3,237 keluarga itu ditempatkan di 28 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga jajahan iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Pasir Puteh.
Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 4,804 mangsa daripada 2,040 keluarga yang ditempatkan di 19 PPS, diikuti Tumpat dengan 3,306 mangsa (1,192 keluarga) di lapan PPS dan 24 mangsa (lima keluarga) di sebuah PPS di Pasir Puteh.
Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang menurun kepada 9.94 meter pada 8 pagi ini berbanding 10.14 meter pada 7 malam tadi. Paras bahaya sembilan meter.
Paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat juga menurun kepada 3.34 meter berbanding 3.41 meter dalam tempoh sama. Paras bahaya 2.5 meter.
Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan dan cuaca pagi ini adalah cerah.
Demikianlah Artikel Jumlah mangsa banjir Kelantan semakin berkurangan, seramai 8,134 setakat 8 pagi
Sekianlah artikel Jumlah mangsa banjir Kelantan semakin berkurangan, seramai 8,134 setakat 8 pagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jumlah mangsa banjir Kelantan semakin berkurangan, seramai 8,134 setakat 8 pagi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/jumlah-mangsa-banjir-kelantan-semakin.html