Judul : 'Kerajaan amal dasar terbuka kepada golongan muda sejak saya jadi PM' - Najib
link : 'Kerajaan amal dasar terbuka kepada golongan muda sejak saya jadi PM' - Najib
'Kerajaan amal dasar terbuka kepada golongan muda sejak saya jadi PM' - Najib
ANTARAPOSSHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak berkata sejak memegang tampuk kepimpinan negara, beliau mengamalkan dasar keterbukaan untuk generasi muda khususnya golongan mahasiswa bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata sebagai bukti, kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan generasi muda bebas berfikir dan menyuarakan pendapat masing-masing walaupun agak kritikal.
“Dengan dasar rancangan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan pimpinan Umno, generasi muda khususnya mahasiswa diberi peluang seluasnya untuk berdialog.
“Mereka boleh tanya soalan tanpa sekatan sehingga ada menteri-menteri berpeluh nak jawab,” kata Najib yang juga Presiden Umno ketika berucap merasmikan Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional Ke-5 (Pemanas 5.0) 2017 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam tadi.
Turut hadir Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Biro Pendidikan Umno Tan Sri Ibrahim Abu Shah serta Pengarah Pemanas, Mohd Shahar Abdullah.
Najib berkata kerajaan mengamalkan dasar keterbukaan untuk golongan muda itu kerana mahu menyediakan pemimpin pelapis negara pada masa datang.
“Kami memahami bahawa generasi hari ini adalah kesinambungan dan kerajaan yang ada pada hari ini menyediakan landasan untuk anda bawa negara kita ke mercu kejayaan.
“Kita sediakan platform ini... kita sediakan Parlimen Belia untuk belia berbahas, kita sediakan program latihan amali dengan kerajaaan. Satu daripada tanggungjawab pemimpin mestilah sediakan barisan kepimpinan akan datang,” kata beliau.
Najib berharap generasi muda khususnya mahasiswa akan bersama-sama dengan kerajaan dan tidak mengikut jejak bekas pemimpin tertentu dan pembangkang yang ingin meruntuhkan apa yang dibina Umno serta Barisan Nasional (BN) selama ini.
Beliau berkata sebagai parti yang memerintah, Umno dan BN boleh terus membawa negara menuju ke mercu kecemerlangan.
Demikianlah Artikel 'Kerajaan amal dasar terbuka kepada golongan muda sejak saya jadi PM' - Najib
Sekianlah artikel 'Kerajaan amal dasar terbuka kepada golongan muda sejak saya jadi PM' - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Kerajaan amal dasar terbuka kepada golongan muda sejak saya jadi PM' - Najib dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/kerajaan-amal-dasar-terbuka-kepada.html