Judul : Kementerian tidak halang guru nyatakan sokongan kepada rakan di mahkamah
link : Kementerian tidak halang guru nyatakan sokongan kepada rakan di mahkamah
Kementerian tidak halang guru nyatakan sokongan kepada rakan di mahkamah
THE MALAYSIAN TIMES
KUALA NERANG: Kementerian Pendidikan tidak mempunyai halangan sekiranya ada guru yang ingin berhimpun menyatakan sokongan kepada rakan sekerja mereka yang dihadapkan ke mahkamah.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ini kerana kehadiran mereka adalah atas hak peribadi.
“Kalau terjadi pada rakan kita, kita akan hadir juga untuk beri sokongan… begitu juga mereka,” katanya selepas melancarkan Kempen Kesedaran Kesihatan Wanita di Dataran Tepi Sungai di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai #PrayForCikgu Azizan yang tular berserta kenyataan memohon warga pendidik bersatu memberi sokongan kepada seorang guru penolong kanan hal ehwal murid di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan yang akan dihadapkan ke mahkamah esok bersabit isu mendisiplinkan murid.
Jumaat lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia menyatakan sokongannya terhadap guru berkenaan yang hanya dikenali sebagai Cikgu Azizan dan meminta semua guru di seluruh negara turut berbuat demikian.
Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata kementerian menyerahkan kepada polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menyiasat kes seorang guru sekolah rendah di Miri, Sarawak yang dikatakan menulis komen berunsur penghinaan mengenai isu Baitulmuqaddis.
“Kita ini hidup dalam kepelbagaian budaya dan agama jadi jangan timbulkan sesuatu perkara yang sensitif kerana ia perlu dijaga bagi menghormati budaya dan agama masyarakat lain.
“Saya ingin nasihatkan terutamanya guru-guru supaya menjaga sensitiviti sesuatu perkara sebelum menularkannya di laman sosial media,” katanya.
Sehingga semalam, sebanyak tiga laporan polis telah dibuat iaitu dua di Miri dan satu di Kuching berhubung perkara tersebut.–Bernama
Demikianlah Artikel Kementerian tidak halang guru nyatakan sokongan kepada rakan di mahkamah
Sekianlah artikel Kementerian tidak halang guru nyatakan sokongan kepada rakan di mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kementerian tidak halang guru nyatakan sokongan kepada rakan di mahkamah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/kementerian-tidak-halang-guru-nyatakan.html