Selesai permasalahan di sekolah secara muafakat – Chong

Selesai permasalahan di sekolah secara muafakat – Chong - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selesai permasalahan di sekolah secara muafakat – Chong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selesai permasalahan di sekolah secara muafakat – Chong
link : Selesai permasalahan di sekolah secara muafakat – Chong

Baca juga


Selesai permasalahan di sekolah secara muafakat – Chong

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan berharap segala permasalahan yang timbul di sekolah khususnya antara guru dan pelajar dapat diselesaikan secara muafakat dan tidak dibawa ke mahkamah, kata Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata sebarang permasalahan boleh diselesaikan menerusi jawatankuasa permuafakatan di sekolah yang berfungsi sebagai platform perbincangan.

“Melalui jawatankuasa ini, kedua-dua pihak iaitu ibu bapa pelajar dan guru yang terlibat akan dipanggil untuk berbincang secara aman.

“Guru pun manusia biasa, kita tak boleh pastikan ‘temper’ dia. Namun jangan jadikan isu sekolah diheret ke mahkamah, kerana ia tidak akan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kempen Membanteras Jenayah Untuk Sekolah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes seorang guru sekolah rendah (Cikgu Azizan) di Nilai, Negeri Sembilan yang akan dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan mengenakan tindakan disiplin tegas terhadap seorang muridnya.

Chong turut mengingatkan warga pendidik bahawa sebarang tindakan disiplin yang dikenakan terhadap pelajar perlu mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan kementerian tersebut.

Mengenai Kempen Membanteras Jenayah Untuk Sekolah yang dilancarkan Mei lepas, beliau berkata ia berjaya dilaksanakan di 100 sekolah rendah di seluruh negara menerusi sumbangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi oleh Gamma Solution Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Gamma Solution Sdn Bhd Wan Yat Hon berkata pemasangan CCTV di sekitar pintu masuk sekolah dan kawasan menurunkan dan mengambil pelajar itu, melibatkan peruntukan lebihi RM1 juta.

“CCTV itu diharap akan dapat membantu membanteras jenayah kerana semua aktiviti termasuk pengesanan muka dan nombor plat kenderaan akan dirakam dengan jelas selain membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes-kes jenayah di sekolah,” katanya.

Antara sekolah yang terlibat dalam kempen itu di ibu negara ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Sentul, SJKC Lee Rubber, Sekolah Kebangsaan (SK) Segambut dan SK Taman Kosas.– Bernama



Demikianlah Artikel Selesai permasalahan di sekolah secara muafakat – Chong

Sekianlah artikel Selesai permasalahan di sekolah secara muafakat – Chong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selesai permasalahan di sekolah secara muafakat – Chong dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/selesai-permasalahan-di-sekolah-secara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :