‘Ketagihan’ internet rakyat Malaysia di tahap membimbangkan

‘Ketagihan’ internet rakyat Malaysia di tahap membimbangkan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Ketagihan’ internet rakyat Malaysia di tahap membimbangkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Ketagihan’ internet rakyat Malaysia di tahap membimbangkan
link : ‘Ketagihan’ internet rakyat Malaysia di tahap membimbangkan

Baca juga


‘Ketagihan’ internet rakyat Malaysia di tahap membimbangkan

THE MALAYSIAN TIMES
 


HULU TERENGGANU: Kadar ‘ketagihan’ penggunaan internet penduduk Malaysia kini mencapai tahap yang membimbangkan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau yang merangkap Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata ia adalah berdasarkan dapatan kajian tiga fasa yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bermula 2010 hingga kini.

Katanya fasa pertama dijalankan ke atas 725 responden, 89 peratus daripadanya menunjukkan mereka ketagih kepada internet, selain itu, 60 peratus daripada responden menunjukkan tahap-tahap keresahan dan 32 peratus daripadanya pula mengalami tahap kemurungan yang tinggi.

“Kajian SKMM ini juga dijalankan secara bersama dengan pakar akademik daripada universiti swasta tempatan, iaitu International Medical University dan Heriot-Watt University Malaysia.

“Hasil keputusan fasa pertama ini, pihak kerajaan melanjutkan kajian ke fasa kedua, membangunkan modul dan program intervensi menangani tahap keresahan dan kemurungan kalangan pengguna yang ketagih internet,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Berkhatan dan Bertindik Parlimen Hulu Terengganu.

Seramai 95 kanak-kanak lelaki dan 40 kanak-kanak perempuan bermula lima hingga 12 tahun diraikan dalam majlis yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas-tugas Khas negeri merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib.

Menurut Jailani, bermula 2015 kerajaan mula menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melatih 34 kaunselor di peringkat sekolah dalam melaksanakan modul dan program intervensi ini di sekolah terpilih di seluruh Malaysia untuk mengawal ketagihan tersebut.

“Melalui kajian pada fasa-fasa terdahulu dan keputusan positif dalam pelaksanaan modul dan program intervensi ini, kami bercadang mewujudkan Pusat Kesejahteraan Siber yang telah dikemukakan cadangan oleh SKMM. Ini masih di peringkat kajian dan insya-Allah hasilnya akan dapat diketahui kelak.

“Cadangan ini turut merangkumi pembangunan modul-modul intervensi dalam menangani isu ketagihan bermain permainan dalam talian, ketagihan melayari kandungan lucah dalam talian dan sistem sokongan keluarga,” katanya.

Kata Jailani lagi, SKMM turut bekerjasama dengan beberapa pihak lain dalam melaksanakan program kesedaran awam mengenai penggunaan internet ini.

Ini termasuklah dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui program Digital Dakwah, Kementerian Pendidikan Malaysia (program Pembimbing Rakan Sebaya dalam Isu Keselamatan Internet), Persatuan Pengakap Malaysia (program Kepimpinan Digital Pengakap) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara melalui pembangunan modul Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak dalam isu Keselamatan Internet.

Jailani turut menekankan peranan ibu bapa dalam memantau anak-anak mereka kerana mereka paling dekat dengan golongan muda muda ini iaitu daripada 30 juta jumlah penduduk Malaysia, 24.1 juta menggunakan internet untuk pelbagai akitiviti.

“Daripada 24.1 juta pengguna, 80 peratus daripadanya menggunakan kemudahan untuk melayari media sosial, dan purata penggunaannya melebihi empat jam sehari yang 76.1 peratus daripadanya adalah golongan belia iaitu berumur 20 hingga 49 tahun.

“Golongan kedua tertinggi berusia 19 tahun ke bawah iaitu 15.5 peratus dan golongan 50 tahun ke atas menggunakan internet hanya 8.4 peratus,” katanya.–Bernama



Demikianlah Artikel ‘Ketagihan’ internet rakyat Malaysia di tahap membimbangkan

Sekianlah artikel ‘Ketagihan’ internet rakyat Malaysia di tahap membimbangkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Ketagihan’ internet rakyat Malaysia di tahap membimbangkan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/ketagihan-internet-rakyat-malaysia-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :