Mountain Bike SFV, promosi pelancongan sukan basikal Selangor

Mountain Bike SFV, promosi pelancongan sukan basikal Selangor - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mountain Bike SFV, promosi pelancongan sukan basikal Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mountain Bike SFV, promosi pelancongan sukan basikal Selangor
link : Mountain Bike SFV, promosi pelancongan sukan basikal Selangor

Baca juga


Mountain Bike SFV, promosi pelancongan sukan basikal Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD




BESTARI JAYA: Penganjuran Mountain Bike Selangor Fruit Valley Challenge 2017 Cross Country Olympic XCO membuka peluang kepada prospek pelancongan sukan berbasikal negeri.

Pengurus Besar Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Tamby Omar Mohammed berkata, penganjuran julung kalinya itu diadakan bagi menggalakkan aktiviti riadah berbasikal dalam komuniti dan belia setempat.

Beliau berkata, matlamat utama penganjurannya juga dilaksanakan bagi memberi gambaran sebenar tentang suasana dan kepelbagaian aktiviti di Selangor Fruit Valley.

“Program ini penting bagi PKPS dan Selangor Fruit Valley untuk meningkatkan penjenamaan Selangor Fruit Valley sebagai pusat sukan dan agro pelancongan.

“Sebagai kita maklum, Selangor Fruit Valley bercirikan sebuah kawasan pertanian mesra umum kepada semua.



“Tetapi dengan dipelbagaikan dengan aktiviti sukan, ia (tempat ini) akan menjadikannya lebih unik dan bukan hanya sekadar tempat pertanian semata-mata,” katanya kepada SelangorKini.

Seramai hampir 200 peserta mengambil bahagian dalam sepuluh kategori yang dipertandingkan dalam program itu.

Hadiah keseluruhan berjumlah RM30,200 turut diberikan kepada pemenang.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, penganjuran sukan ekstrem lain akan dianjurkan untuk tempoh akan datang di kawasan itu.

Katanya, ini termasuklah pembinaan laluan trek baru bagi penganjuran sukan kenderaan esktrem, akan datang.=EZY=



Demikianlah Artikel Mountain Bike SFV, promosi pelancongan sukan basikal Selangor

Sekianlah artikel Mountain Bike SFV, promosi pelancongan sukan basikal Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mountain Bike SFV, promosi pelancongan sukan basikal Selangor dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/mountain-bike-sfv-promosi-pelancongan.html

Subscribe to receive free email updates: