Penganggur kelulusan perubatan didenda kerana komunikasi jelik di Facebook

Penganggur kelulusan perubatan didenda kerana komunikasi jelik di Facebook - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganggur kelulusan perubatan didenda kerana komunikasi jelik di Facebook, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganggur kelulusan perubatan didenda kerana komunikasi jelik di Facebook
link : Penganggur kelulusan perubatan didenda kerana komunikasi jelik di Facebook

Baca juga


Penganggur kelulusan perubatan didenda kerana komunikasi jelik di Facebook

 
OKS pulang ke negara ini dan berkhidmat sebagai doktor namun tidak dapat meneruskan perkhidmatannya kerana mentalnya agak terganggu dan tertekan. 


Mohd-Nasaruddin-Sairon


KUALA LUMPUR: Seorang penganggur berkelulusan perubatan dari luar negara didenda RM10,000 atau 6 bulan penjara oleh Mahkamah Siber hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri di laman sosial Facebook miliknya Oktober tahun lalu.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shahriman Shahir Omar, 39, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku secara sedar melakukan kesalahan itu pada 11 Oktober 2016 dengan niat menyakiti hati orang lain menggunakan akaun Facebook ”Mohd Shahriman Omar”.

Pautan itu kemudian dibaca pada 11.42 malam, 21 April 2017 di No A-1110, Tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah.

OKS yang berkelulusan bidang perubatan luar negara itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum bawah Seksyen 233 (a) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Mohd Sophian Zakaria manakala OKS yang membayar denda itu diwakili peguam Adlizan Noor.

Terdahulu, Adlizan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap anak guamnya atas alasan OKS insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

“OKS merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan memohon ampun,” katanya sambil memberitahu OKS sebelum ini pernah mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang perubatan di luar negara.

“OKS pulang ke negara ini dan berkhidmat sebagai doktor namun tidak dapat meneruskan perkhidmatannya kerana mentalnya agak terganggu dan tertekan.

“Susulan itu, OKS perlu membayar semula kepada JPA kira-kira RM1 juta,” katanya yang turut memberitahu anak guamnya kini menjaga dusun durian milik bapa OKS di Johor.

Mohd Sophian bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira keseriusan kes itu.

“Kiriman dibuat OKS membabitkan Yang Di-pertuan Agong dan perdana menteri menggunakan perkataan sangat kasar, keji dan biadap. Perbezaan fahaman politik tidak mewajarkan kiriman jelik sebegini. Ini menunjukkan OKS langsung tidak mempunyai rasa hormat dan taat pada ketua negara,” katanya.




Demikianlah Artikel Penganggur kelulusan perubatan didenda kerana komunikasi jelik di Facebook

Sekianlah artikel Penganggur kelulusan perubatan didenda kerana komunikasi jelik di Facebook kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penganggur kelulusan perubatan didenda kerana komunikasi jelik di Facebook dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/penganggur-kelulusan-perubatan-didenda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :