ADUN PAS Paya Jaras Serang Balas Di Media Untuk Sembunyikan Sesuatu ?

ADUN PAS Paya Jaras Serang Balas Di Media Untuk Sembunyikan Sesuatu ? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN PAS Paya Jaras Serang Balas Di Media Untuk Sembunyikan Sesuatu ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN PAS Paya Jaras Serang Balas Di Media Untuk Sembunyikan Sesuatu ?
link : ADUN PAS Paya Jaras Serang Balas Di Media Untuk Sembunyikan Sesuatu ?

Baca juga


ADUN PAS Paya Jaras Serang Balas Di Media Untuk Sembunyikan Sesuatu ?

 
 


 Keghairahan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman mendedahkan pemecatannya daripada jawatankuasa PAS Selangor di media dilihat sebagai cubaan untuk menyembunyikan sesuatu.

“Betul ke cakap ni Mohd Khairuddin Othman? Mesra Kerajaan Selangor ke atau mesra PAKATAN HARAPAN?, soal aktivis PAS, Huzir Sulaiman dalm Facebook.

“Ni (ke) yang kata nak berpaling tadah tu? Sorang je?,” sambut rakan Facebook Huzir, Andak Koyan.

Huzir turut mempertikaikan niat sebenar Khairuddin sengaja memperbesarkan isu ‘tidak dilantik sebagai Jawatankuasa PAS Selangor’ secara terbuka dalam media.

“Kalau orang tak pilih kita jadi pemimpin atas sebab apa pun, bersyukurlah. Kurang sikit tanggungjawab.

“Yang nak cerita ke media tu pasal apa? Nak pertikai keputusan jemaah ke?

“Bila masa pulak kita kebulor jawatan bila duduk dalam PAS nih?,”soalnya lagi.

Pertikaian terhadap Khairuddin berdasarkan kenyataan beliau yang mendakwa pemecatannya kerana pendekatannya yang “mesra” dengan kerajaan Selangor dan tidak setuju dengan pendekatan tiga penjuru.

“Tidak dinafikan, saya mesra dengan kepimpinan kerajaan Selangor kerana exco kita pun ada di sana (dalam pentadbiran).

“Saya cuma berpendirian di mana kerajaan Selangor yang ada hari ini perlu dipertahankan, jika tidak kita akan serah Selangor kepada Umno jika berlaku pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Bukankah ini mandat yang rakyat beri kepada kita pada penggal PRU 2008 dan 2013, malah menteri besar Selangor serta exco-exco PAS kita, telah pun membuktikan Selangor sebagai sebuah kerajaan yang berwibawa dan lebih berbanding negeri-negeri yang lain,” kata Khairuddin.

Khairuddin juga mengesahkan penyingkirannya telah dibuat secara rasmi “dua bulan” lalu.

“Perkara ini (digugurkan) dah dua bulan lepas, saya pun pelik isu ini jadi hangat sejak dua tiga hari lalu, namun saya masih bersama PAS.

“Soal sama ada khidmat dan peranan saya masih diperlukan atau tidak, itu terserah kepada pimpinan PAS Selangor untuk tentukan,” katanya.

Sabtu lalu, Khairuddin dilaporkan digugurkan 2 bulan lalu, selepas hanya kira-kira 3 atau 4 bulan beliau dilantik sebagai AJK PAS Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dilaporkan menyusun barisan kepimpinan negeri itu pada 9 Mei lalu dengan melantik Khairuddin sebagai AJK dan jawatan setiausaha disandangnya diberikan kepada Abdul Halim Omar.

Sallehen berkata, Khairuddin digugurkan kerana gagal menghadiri mesyuarat AJK negeri.



Demikianlah Artikel ADUN PAS Paya Jaras Serang Balas Di Media Untuk Sembunyikan Sesuatu ?

Sekianlah artikel ADUN PAS Paya Jaras Serang Balas Di Media Untuk Sembunyikan Sesuatu ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN PAS Paya Jaras Serang Balas Di Media Untuk Sembunyikan Sesuatu ? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/adun-pas-paya-jaras-serang-balas-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :