Apabila Lim Guan Eng Pantas Keluar ‘Fatwa’ PAS Sesat…

Apabila Lim Guan Eng Pantas Keluar ‘Fatwa’ PAS Sesat… - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apabila Lim Guan Eng Pantas Keluar ‘Fatwa’ PAS Sesat…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apabila Lim Guan Eng Pantas Keluar ‘Fatwa’ PAS Sesat…
link : Apabila Lim Guan Eng Pantas Keluar ‘Fatwa’ PAS Sesat…

Baca juga


Apabila Lim Guan Eng Pantas Keluar ‘Fatwa’ PAS Sesat…

 
 



Kepantasan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melabel PAS sebagai ‘sesat’ ketika mengulas tindakan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar keluar parti ditempelak oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Komen DAP (itu) lari dari apa yang Mahfuz sebutkan. Jika kita lihat kenyataan Mahfuz, tiada kena-mengena dengan PAS sesat, makin jauh… Bagi PAS, itu hak peribadinya.

“Kita tahu Mahfuz sudah lama buat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti, ini bukan perkara baru. Semua maklum beliau akan umum (keluar parti),”kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Tambahnya, isu keluar parti bukan sahaja berlaku dalam PAS, bahkan turut berlaku dalam DAP sepertimana aktivis-aktivis parti itu di Melaka dan Johor keluar parti pada tahun lalu.

“Mereka (DAP) tidak ada hak untuk komen tentang PAS. Jaga parti mereka sudahlah. PAS tahu uruskan parti sendiri.

“Bagi kita tindakan beberapa tokoh DAP keluar parti dahulu pun yang di Johor, Melaka; jika dilihat apa yang dibuat oleh DAP itu mencerminkan tindakan DAP sendiri diprotes oleh ahli-ahli mereka dan keluar parti, menyerlah sikap cauvanis, perkauman,”katanya.

Tegas Tuan Ibrahim, DAP seumpama menangguk di air keruh, mengambil kesempatan pengumuman Mahfuz keluar parti untuk menyerang PAS.

“Sikap DAP yang menentang dasar-dasar yang dibawa PAS semakin menyerlah dengan kenyataan beliau.

“Sebab itu PAS ambil keputusan bahawa tindakan DAP selama ini menjadi punca kepada sikap tak hormat kepada dasar yang diperjuangkan oleh PAS,”katanya lagi.



Demikianlah Artikel Apabila Lim Guan Eng Pantas Keluar ‘Fatwa’ PAS Sesat…

Sekianlah artikel Apabila Lim Guan Eng Pantas Keluar ‘Fatwa’ PAS Sesat… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apabila Lim Guan Eng Pantas Keluar ‘Fatwa’ PAS Sesat… dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/apabila-lim-guan-eng-pantas-keluar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :