Bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak

Bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak
link : Bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak

Baca juga


Bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak



Bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak



Pengarah Pilihan Raya AMANAH Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, AMANAH akan menyumbang kemenangan kepada Pakatan Harapan walaupun diperuntukkan dengan hanya 27 kerusi Parlimen.

Menurutnya, jentera pilihan raya parti akan bekerja lebih kuat untuk turut memenangi sejumlah besar kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kita bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak tapi kalah. Jadi, AMANAH mesti menang sebanyak mungkin.

“Itu lebih penting daripada kita bertanding banyak untuk memenuhi keinginan semua orang tetapi kalah dan kecewa akhirnya,” tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Sehubungan itu, beliau menafikan AMANAH terpinggir dalam Pakatan Harapan sebaliknya berpendapat parti tersebut masih menggalas peranan penting dalam menggantikan Umno-BN di Putrajaya.

“Tidak wujud keadaan AMANAH macam ketinggalan. Tidak sampai begitu. Hanya apa yang kita minta (kerusi Parlimen) tidaklah dapat semua, sama juga seperti parti lain dalam Pakatan Harapan.

“Mesti ada parti yang lebih, dan kurang (dapat agihan kerusi). Peranan penting sekarang, kita harus memenangkan Kelantan, Perak, Kedah dan Johor. AMANAH ada tugas besar walaupun kerusi Parlimen yang diagih paling sedikit.

“Banyak lagi kerusi Dun yang kita akan tandingi. Itu semua tanggungjawab AMANAH yang menuntut gerak kerja jentera parti yang kuat. InsyaAllah,” ujarnya.

Mengulas tentang proses muafakat Pakatan Harapan berhubung agihan kerusi Parlimen di Semenanjung itu, beliau berkata, situasi semasa menjelang PRU-14 berbeza berbanding pada 2013.

“Dulu (PRU-13) agih kepada tiga (parti). Ini pertama kali kita bertanding empat parti. Jadi, kerusi untuk kita tandingi lebih terhad. Bagi PRU-14 ini, semua parti dapat kurang sebab perlu diagih kepada empat parti.

“PRU dulu pun, kita sudah ada pengalaman pada PRU 2008. Jadi, dari situ datang pertimbangan untuk meletakkan calon di mana. Hanya mungkin DAP kali ini tidak banyak terkesan sebab kerusinya masa PRU-13 lepas banyak dia menang.

“Tapi bagi AMANAH, dalam keadaan kerusi Parlimen yang terhad pun, kita masih dapat 27 kerusi.
Itulah muafakatnya. Itu baru di Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak, ada lagi kerusi,” jelasnya.

Ditanya tentang AMANAH Wilayah Persekutuan yang tidak mendapat sebarang kerusi, Dr Hatta berkata, keputusan tersebut dicapai selepas mengambil pelbagai pertimbangan.

“Nak buat bagaimana,” jawabnya ringkas.

Beliau juga memberitahu setakat ini, belum ada lagi rundingan semula berhubung pemberian sekurang-kurangnya satu kerusi di Wilayah Persekutuan kepada AMANAH.

“Belum lagi diputuskan,” katanya lagi yang juga Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan itu.



Demikianlah Artikel Bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak

Sekianlah artikel Bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/bertanding-untuk-menang-bukan-seronok.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :