Judul : Kit Siang semakin pulih, akan mula berkempen akhir bulan ini
link : Kit Siang semakin pulih, akan mula berkempen akhir bulan ini
Kit Siang semakin pulih, akan mula berkempen akhir bulan ini
ANTARAPOSSHAH ALAM: Penasihat DAP Lim Kit Siang semakin pulih daripada pembedahan dan dijadualkan akan mempertahankan kerusinya di Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pegawai parti itu.
“Doktor minta beliau berehat sekurang-kurangnya sebulan. Beliau beransur pulih dengan baik.
“Saya fikir beliau akan mula berkempen pada akhir bulan ini,” kata seorang pegawai parti yang enggan dinamakan.
Lim menjalani prosedur laparoscopic partial nephrectomy pada 19 Disember untuk membuang tumor kecil, ketumbuhan kanser di buah pinggang kiri.
Seorang lagi pemimpin nasional DAP mengesahkan Lim akan mempertahankan kerusi Gelang Patah di Johor pada PRU14 yang perlu diadakan sebelum Ogos.
Pakatan Harapan (PH) sudah pun memuktamadkan rundingan bagi 165 kerusi Parlimen di semenanjung Malaysia pada hujung minggu lalu.
Bersatu bertanding di 52 kerusi, PKR 51, DAP 35 dan Amanah 27, umum gabungan itu pada Konvensyen PH Ahad lalu.
Lim menang kerusi persekutuan Bandar Melaka ketika kali pertama bertanding pada 1969.
Pada 1986, beliau menewaskan bintang Gerakan yang sedang meningkat naik Koh Tsu Koon dan menang di kerusi Parlimen Tanjong.
Pada 1990, beliau menang kerusi DUN Padang Kota daripada Lim Chong Eu yang juga ketua menteri Pulau Pinang pada masa itu dan pengasas Gerakan, yang kemudiannya bersara daripada politik.
Lim dikalahkan oleh Koh pada 1995 ketika beliau menentang bekas ketua menteri Pulau Pinang dan naib presiden Gerakan itu di kerusi DUN Tanjung Bungah.
Veteran politik itu mengalami kekalahan di kerusi Parlimen kali pertama pada 1999 ketika bertanding di Bukit Bendera melawan Chia Kwang Chye dari Gerakan.
Pada 2013, Kit Siang menewaskan bekas menteri besar Johor Abdul Ghani Othman dan menang di Gelang Patah dengan majoriti 14,762 undi.
Demikianlah Artikel Kit Siang semakin pulih, akan mula berkempen akhir bulan ini
Sekianlah artikel Kit Siang semakin pulih, akan mula berkempen akhir bulan ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kit Siang semakin pulih, akan mula berkempen akhir bulan ini dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/kit-siang-semakin-pulih-akan-mula.html