"Buat audit, jangan melenting pada media", Reezal Merican nasihat Guan Eng

"Buat audit, jangan melenting pada media", Reezal Merican nasihat Guan Eng - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Buat audit, jangan melenting pada media", Reezal Merican nasihat Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Buat audit, jangan melenting pada media", Reezal Merican nasihat Guan Eng
link : "Buat audit, jangan melenting pada media", Reezal Merican nasihat Guan Eng

Baca juga


"Buat audit, jangan melenting pada media", Reezal Merican nasihat Guan Eng

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KEPALA BATAS: Ketua Menteri, Lim Guan Eng disyorkan melakukan audit terbuka berhubung projek terowong dasar laut yang mencetuskan kontroversi di ne­geri ini berbanding mengambil sikap melepaskan kemarahan terhadap media tertentu yang me­laporkan isu berkenaan.
 
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau perlu melaksanakan langkah berkenaan selepas timbulnya unsur mencurigakan dalam projek mega tersebut.
 
Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengarahkan audit dilaksanakan selepas 1Malaysia De­­ve­lopment Berhad (1MDB) berdepan pelbagai tuduhan.
 
“Jika beliau mengalami kesulitan sehingga ada unsur mencurigakan, lebih baik buat audit secara terbuka sekali gus dapat tepis fitnah yang beliau dakwa dilakukan oleh pihak tertentu termasuk media,” katanya di sini hari ini.
 
Reezal Merican berkata demikian sebagai mengulas ‘amarah’ Guan Eng terhadap media dengan melabelkan laporan berita siasatan penyelewengan projek terowong dasar laut sebagai tidak beretika dan tidak bermoral.
 
Mengulas lanjut, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, 1MBD menyerahkan isu itu kepada Jabatan Audit Negara untuk mengaudit dan membuat penelitian sekiranya terdapat perkara mencurigakan, malah ahli Parlimen pembangkang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan untuk memantau.
 
“Pada masa sama, beliau perlu faham perkara yang dilaporkan media merupakan kenyataan dalam sidang DUN, sidang akhbar beliau atau kenyataan daripada pegawainya sendiri, jadi mengapa perlu beremosi,” katanya.
 
Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, sebagai ahli politik berpengalaman, Guan Eng seharusnya berlapang dada dan tidak perlu takut jika berasakan tidak bersalah.
 
Bagaimanapun, Jahara yang juga ADUN Teluk Air Tawar berkata, beliau tidak terkejut dengan cara Guan Eng menangani isu berkenaan.
 
“Itulah sikap Ketua Menteri, kalau ada laporan yang tidak memihak kepadanya, beliau akan melenting.
 
“Teh Yee Cheu yang juga pemimpin DAP serta ADUN Tanjung Bungah juga dikenakan tindakan apabila membangkitkan isu tidak digemari beliau,” katanya



Demikianlah Artikel "Buat audit, jangan melenting pada media", Reezal Merican nasihat Guan Eng

Sekianlah artikel "Buat audit, jangan melenting pada media", Reezal Merican nasihat Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Buat audit, jangan melenting pada media", Reezal Merican nasihat Guan Eng dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/buat-audit-jangan-melenting-pada-media.html

Subscribe to receive free email updates: