Judul : Penggerak #UndiRosak sedang 'serang' negara - penganalisis
link : Penggerak #UndiRosak sedang 'serang' negara - penganalisis
Penggerak #UndiRosak sedang 'serang' negara - penganalisis
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Kempen #UndiRosak adalah budaya songsang yang boleh merosakkan sistem demokrasi di negara ini meskipun ia tidak menjadi satu kesalahan.
Penganalisis politik Dr Jeneri Amir berkata mana-mana pihak yang berhasrat menjayakan kempen itu harus sedar, mereka sedang merancang untuk 'menyerang' negara sendiri.
"Ini adalah kempen songsang dan memudaratkan walaupun tidak salah dari demokrasi, tetapi saya fikir memilih untuk tidak mengundi ataupun merosakkan undi adalah satu pilihan yang tidak tepat.
"Walau bagaimana kecewa pun mereka, kekecewaan itu tidak harus sehingga menyebabkan mereka tidak bertindak bijak atau mengikut emosi kerana antara dua parti itu pasti bukan kedua-duanya terlalu 'jelek' atau buruk.
"Adakah dengan merosakkan undi itu boleh menyumbang kepada pemilihan yang lebih tepat terhadap sesuatu parti itu?," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Kempen #Undirosak mula berlegar dan menjadi popular selepas pengumuman rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) pada 7 Januari lalu.
Tanpa sebarang organisasi rasmi, aktivis-aktivis kempen menggunakan akaun media sosial milik peribadi untuk menjual propaganda mengajak masyarakat merosakkan undi.
Mengulas lanjut, Jeneri tidak menolak kempen itudigerakkan sebagai tanda protes terhadap calon perdana menteri pembangkang.
"Ini memang bayangan atau manifestasi daripada kekecewaan dan harapan rakyat untuk melihat calon perdana menteri parti yang bakal memimpin itu adalah sebuah parti dan pemimpin yang betul-betul mengikut hasrat mereka," katanya.
Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meramalkan kempen itu tidak akan menjejaskan sokongan pada gagasan itu.
Malah katanya pengumuman Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri memberi kesan kepadanya, namun beliau memilih untuk 'move on'.
Sementara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kempen #UndiRosak sebagai tindakan bertentangan serta mampu merosakkan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
Demikianlah Artikel Penggerak #UndiRosak sedang 'serang' negara - penganalisis
Sekianlah artikel Penggerak #UndiRosak sedang 'serang' negara - penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penggerak #UndiRosak sedang 'serang' negara - penganalisis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/penggerak-undirosak-sedang-serang.html