Judul : Cari kerja? Belajar bahasa Inggeris dulu, kata MEF
link : Cari kerja? Belajar bahasa Inggeris dulu, kata MEF
Cari kerja? Belajar bahasa Inggeris dulu, kata MEF
Graduan mempunyai kelayakan kertas tetapi tidak cekap berkomunikasi, menyebabkan ribuan jawatan kosong sukar diisi.
PETALING JAYA: Graduan hanya boleh menyalahkan diri mereka sendiri jika gagal mendapatkan pekerjaan walaupun terdapat banyak kekosongan jawatan.
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata ini kerana mereka tidak cukup kelayakan dan kebolehan untuk mengisi kekosongan tersebut.
Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, yang mempersoalkan ramai graduan universiti yang terpaksa menjadi pemandu syarikat perkongsian kenderaan seperti Uber atau menjual nasi lemak.
Dalam ucapan mengenai dasar Pakatan Harapan (PH) semalam, Dr Mahathir berkata peningkatan jumlah graduan yang tidak bekerja berdasarkan apa yang dipelajari secara akademik membuktikan kegagalan kerajaan dalam menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Bagi Dr Mahathir, bukan sesuatu yang membanggakan apabila mereka berpendidikan tinggi terpaksa bekerja sebagai pemandu.
Bagaimanapun, Shamsuddin berkata graduan sendiri mempunyai ketidakcekapan.
“Salah satu faktor kekurangan utama adalah tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris,” katanya kepada FMT.
“Kebanyakan pekerjaan yang ada memerlukan pengetahuan bahasa Inggeris kerana anda perlu berkomunikasi dengan pelanggan, terutama dalam bidang pemasaran dan jualan iaitu bidang pekerjaan yang ada sekarang.
“Apabila anda tidak mempunyai kemahiran itu, ia sangat sukar bagi majikan.”
Shamsuddin menasihatkan graduan yang bergelut untuk mendapatkan pekerjaan, mengikuti kursus jangka pendek komunikasi bahasa Inggeris.
“Jika anda tidak mempunyai wang, dapatkannya melalui internet. Ada pengajaran mengenainya di YouTube secara percuma. Inilah nasihat saya untuk pencari kerja.”
Shamsuddin berkata ramai graduan mengharapkan terlalu banyak daripada pekerjaan pertama mereka, dan tidak bersedia untuk memohon pekerjaan secara kontrak.
“Para graduan ini perlu sedar kebanyakan pekerjaan yang ada tidak akan menawarkan anda sebagai jawatan tetap serta-merta.
“Kebanyakannya berasaskan kontrak tetapi jika anda membuktikan anda pekerja yang baik, tidak ada alasan mengapa majikan tidak akan memberikan anda jawatan tetap di kemudian hari.”
Menurut syarikat rekrut pekerja dalam talian, JobStreet Malaysia, terdapat lebih 26,000 jawatan kosong yang perlu diisi.
Eksekutif Komunikasi Pemasaran Kanannya, Jessica Heng, berkata separuh daripada kekosongan itu adalah untuk graduan baharu atau untuk kemasukan jawatan eksekutif muda.
Heng berkata, sentiasa ada jurang antara jangkaan majikan dan kualiti graduan, berdasarkan kaji selidik JobStreet tahun lepas.
“Hampir 75% majikan menyatakan mereka mendapati kualiti graduan di tahap sederhana,” katanya.
Heng juga memberikan 5 alasan mengapa graduan baharu tidak mendapat pekerjaan:
- 72% meminta gaji atau faedah yang tidak realistik.
- 64% terlalu memilih pekerjaan atau syarikat.
- 64% mempunyai kelakuan, sikap atau personaliti yang tidak baik.
- 59% mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang lemah.
- 53% mempunyai kemahiran komunikasi yang lemah.
Demikianlah Artikel Cari kerja? Belajar bahasa Inggeris dulu, kata MEF
Sekianlah artikel Cari kerja? Belajar bahasa Inggeris dulu, kata MEF kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cari kerja? Belajar bahasa Inggeris dulu, kata MEF dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/cari-kerja-belajar-bahasa-inggeris-dulu.html