Judul : Bank Negara ajar masyarakat kenali wang palsu di pasar malam
link : Bank Negara ajar masyarakat kenali wang palsu di pasar malam
Bank Negara ajar masyarakat kenali wang palsu di pasar malam
BNM mengunjugi pasar malam di wilayah utara bagi memberi pendidikan asas kepada orang ramai khususnya peniaga untuk membezakan wang tulen dan wang palsu.
CHANGLUN: Bank Negara Malaysia (BNM) semalam menganjurkan program Pendidikan Mata Wang di pasar malam Changlun bagi mengelakkan orang ramai khususnya peniaga daripada menjadi mangsa penipuan wang palsu.
Ketua BNM Pulau Pinang Hasjun Hashim berkata mata wang ringgit mempunyai 10 ciri keselamatan yang boleh dikesan oleh orang awam, antaranya cetakan timbul, potret tanda bayang, tanda pandang telus pada angka 100 (bagi RM100), benang keselamatan kanta makro, petak kilat berwarna dan benang serat keselamatan.
BNM juga membangunkan aplikasi My Ringgit yang boleh dimuat turun menggunakan Google Playstore pada telefon pintar untuk membuat imbasan pada wang kertas, katanya kepada pemberita pada program itu.
Pada program itu, Hasjun turut mengedarkan pamplet “Kenali Mata Wang” kepada orang ramai dan peniaga di pasar malam itu untuk dijadikan sebagai rujukan.
Katanya sehingga kini 6 pasar malam di wilayah utara dikunjungi BNM iaitu 5 di Pulau Pinang dan 1 di Kedah bagi memberi kesedaran dan pendidikan asas kepada orang ramai khususnya peniaga untuk membezakan wang tulen dan wang palsu.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga dan Pasar Malam Daerah Kubang Pasu, Shaimi Ahmad berkata, program diadakan BNM itu dapat membantu para peniaga dan orang ramai daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab sehingga mereka menanggung kerugian.
“Penerangan dan demontrasi yang diberikan pihak BNM membolehkan kami (peniaga) lebih tahu untuk membezakan wang tulen dan wang palsu,” katanya.
Peniaga soto, Faiizah Ismail, 54, berkata, setakat ini beliau belum pernah menerima wang palsu daripada pelanggan.
“Program ini patut diadakan sekerap mungkin agar mereka yang tidak bertanggungjawab tahu tindakan mereka sedang diawasi dan seterusnya dapat mengelak kes-kes penipuan duit palsu terus berlaku,” katanya.
Demikianlah Artikel Bank Negara ajar masyarakat kenali wang palsu di pasar malam
Sekianlah artikel Bank Negara ajar masyarakat kenali wang palsu di pasar malam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bank Negara ajar masyarakat kenali wang palsu di pasar malam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/bank-negara-ajar-masyarakat-kenali-wang.html