Pakatan Harapan boleh menang jika satu lawan satu

Pakatan Harapan boleh menang jika satu lawan satu - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakatan Harapan boleh menang jika satu lawan satu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakatan Harapan boleh menang jika satu lawan satu
link : Pakatan Harapan boleh menang jika satu lawan satu

Baca juga


Pakatan Harapan boleh menang jika satu lawan satu

DETIK DAILY



Pakatan Harapan (HARAPAN) boleh membentuk kerajaan persekutuan dengan memperoleh 115 kerusi jika berdepan BN dalam pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kata firma penyelidikan media sosial, Politweet.

Bagaimanapun, firma itu berkata margin yang tipis sebanyak tiga kerusi - iaitu 112 kerusi minimum yang diperlukan - tidak akan cukup untuk menubuhkan kerajaan yang stabil.

Oleh kerana itu, ayunan (swing) daripada sokongan pengundi dan kemenangan di Sabah dan Sarawak adalah penting bagi gabungan itu.


Politweet berkata, HARAPAN perlu mensasarkan tambahan 10 atau lebih kerusi di Malaysia Timur tetapi keadaan itu mungkin terlalu sukar.

"Memandangkan prestasi pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 2016 dan keadaan semasa pembangkang di Sabah, kita boleh menjangkakan HARAPAN menghadapi kesukaran dalam memenangi 10 kerusi," katanya.

Sementara itu, Politweet berkata pertembungan tiga penjuru yang melibatkan PAS akan memberi manfaat kepada BN.

Jelasnya untuk mengatasi halangan ini, parti-parti dalam HARAPAN - terutamanya Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) mesti memenangi sokongan daripada penyokong parti pemerintah.

"Jika HARAPAN boleh melakukan ini dalam pertembungan tiga penjuru, maka hasil Senario Tiga (ayunan lima peratus ke HARAPAN) dapat dicapai. Ini akan membawa kepada kemenangan untuk HARAPAN di Kedah dan Johor, serta menguasai kerajaan persekutuan," katanya.

Satu lagi halangan yang dihadapi HARAPAN adalah persempadanan semula. Ia berkata jika persempadanan semula selesai pada masa pilihan raya berlaku, peluang BN dalam memenangi 10 lagi kerusi akan bertambah baik.

Keadaan ini lebih buruk lagi bagi HARAPAN jika sentimen pengundi kekal seperti dalam PRU13.



Dalam senario ini, HARAPAN hanya akan menang antara 76 hingga 83 kerusi di Semenanjung Malaysia, berbanding kemenangan BN antara 82 hingga 89 kerusi.

Sebagai perbandingan, Pakatan Rakyat memenangi 80 kerusi di Semenanjung Malaysia semasa PRU13, manakala BN memenangi 86 kerusi. Di Sabah dan Sarawak, Pakatan Rakyat hanya menang sembilan kerusi, berbanding 47 kerusi dimenangi BN.

Politweet berkata simulasi itu berdasarkan kepada data demografi pengundi dan keputusan PRU12 dan PRU13 pada paras aliran mengundi.

Ini membolehkan ia menganggarkan setiap tahap sokongan pengundi untuk BN dan parti pembangkang berdasarkan faktor-faktor antaranya seperti umur, kaum, jantina, kawasan yang terlibat, dan sama ada ia adalah kawasan bandar, separa bandar atau luar bandar.

Kebarangkalian setiap pengundi akan turun mengundi juga dianggarkan dengan kaedah ini.

Firma itu menjalankan 300 simulasi untuk setiap tiga senario yang berbeza: Jika sentimen pengundi tetap sama dengan PRU13, jika setiap pengundi mempunyai kebarangkalian dua peratusan ayunan (swing) untuk mengundi pembangkang, dan jika setiap pengundi mempunyai lima peratusan kebarangkalian dalam mengundi pembangkang.

Kemungkinan calon BN atau HARAPAN memenangi setiap kawasan itu kemudiannya diukur berdasarkan berapa kali setiap gabungan memenangi kerusi daripada 300 simulasi.

Bagaimanapun, simulasi ini berdasarkan beberapa andaian yang mungkin tidak benar untuk PRU14.
Ia mengandaikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan pembangkang dan tidak ada persempadanan semula.

Ia juga mengandaikan bahawa sentimen pengundi tidak berubah dan PRU14 akan menyaksikan kadar keluar mengundi sama seperti PRU13, iaitu 84.84 peratus.



Demikianlah Artikel Pakatan Harapan boleh menang jika satu lawan satu

Sekianlah artikel Pakatan Harapan boleh menang jika satu lawan satu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pakatan Harapan boleh menang jika satu lawan satu dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/pakatan-harapan-boleh-menang-jika-satu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :