Judul : Dr Mahathir: "Terima kasih Anwar kerana 'ambil' saya"
link : Dr Mahathir: "Terima kasih Anwar kerana 'ambil' saya"
Dr Mahathir: "Terima kasih Anwar kerana 'ambil' saya"
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar & Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya kerana menerima beliau sebagai rakan seperjuangan walaupun beliau memecat mantan timbalannya yang kemudiannya dipenjara atas kesalahan sodomi pada 1998.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga sedar bukan mudah untuk Anwar dan keluarga untuk memaafkannya, apatah lagi untuk memimpin empat parti komponen pembangkang.
"Saya sedar betapa rasa Anwar umpamanya, sebab masa saya memerintah, beliau dihantar ke Penjara Sungai Buloh. Bukan mudah baginya untuk menerima saya. Kita berjabat tangan tetapi untuk terima saya sebagai seorang dari pimpinan parti yang melawan Umno bukanlah mudah.
"Sebab itu kita mengambil masa lama tetapi akhirnya keutamaan diberikan kepada perjuangan melawan Datuk Seri Najib Razak.
"Bukan sahaja Anwar, keluarganya tentu merasai tekanan apabila Anwar dimasukkan dalam tahanan. Mereka menderita selama 20 tahun dan untuk melupakan peristiwa ini bukan mudah untuk keluarga Anwar. Tetapi akhirnya mereka dapat membelakangkan sedikit apa yang dilalui 18 tahun dahulu dan mengutamakan masalah yang dihadapi," katanya ketika berucap di Konvensyen PH, di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, petang tadi.
Dr Mahathir memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 dan memenjarakan Ketua Umum PKR itu atas tuduhan salahguna kuasa dan sodomi.
Selepas Dr Mahathir bersara pada tahun 2003 dan pentadbiran kerajaan diambil alih Tun Abdullah Ahmad Badawi, tuduhan sodomi terhadap Anwar digugurkan dan beliau dibebaskan pada tahun 2004.
Namun Anwar dipenjarakan sekali lagi pada 2015 atas tuduhan sodomi ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Anwar hari ini disahkan akan dibebaskan 8 Jun depan iaitu dua hari lebih awal, kata Jabatan Penjara.
"Saya terhutang budi dan berterima kasih dengan Anwar kerana sanggup bekerjasama dengan pasukan-pasukan termasuk saya sendiri dalam usaha kita hendak selamatkan negara bertuah ini," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir sekali lagi akan dilantik sebagai perdana menteri dalam PRU14 selepas keputusan itu dimuktamadkan dan diumumkan di dalam Konvensyen PH, petang tadi.
Beliau akan dibantu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku timbalan perdana menteri.
Bagaimanapun tempoh khidmat Dr Mahathir hanya bersifat sementara kerana Anwar akan dilantik sebagai perdana menteri sebaik sahaja gabungan itu mengusahakan pembebasannya.
Demikianlah Artikel Dr Mahathir: "Terima kasih Anwar kerana 'ambil' saya"
Sekianlah artikel Dr Mahathir: "Terima kasih Anwar kerana 'ambil' saya" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr Mahathir: "Terima kasih Anwar kerana 'ambil' saya" dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/dr-mahathir-terima-kasih-anwar-kerana.html