Judul : Pembangkang akan ulang kegagalan jika ada sabotaj - Muhyiddin
link : Pembangkang akan ulang kegagalan jika ada sabotaj - Muhyiddin
Pembangkang akan ulang kegagalan jika ada sabotaj - Muhyiddin
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar & Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Kegagalan pembangkang menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) akan berulang pada pilihan raya umum kali ini jika ada yang mensabotaj gagasan itu.
Justeru Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru agar pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) saling bantu-membantu memenangkan calon gagasan itu pada pilihan raya kali ini.
"Kita mesti menyokong calon tidak kiralah parti mana yang bertanding. Tidak kiralah kerusi apa, siapa yang bertanding, baik datangnya daripada PPBM, DAP, PKR atau Amanah, semua adalah calon kita walaupun itu bukan kawasan yang kita bertanding tetapi calon yang kita (PH) letak mesti sokong 100 peratus.
"Jangan ada pihak yang mensabotaj. Siapa yang berbuat demikian akan dianggap sebagai pengkhianat dan sebab itulah kita tidak akan berjaya mencapai matlamat untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap di Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, petang tadi.
Muhyiddin kemudiannya meminta semua pihak dalam PH menghormati keputusan pembahagian kerusi yang dimuktamadkan, hasil dari rundingan keempat-empat pimpinan parti.
"Waktu mana diputuskan tentang siapa dan dimana parti-parti bertanding bagi seluruh kawasan parlimen dan DUN, maka sebagai perjuang parti di dalam PH, kena terima dengan baik.
"Keputusan pembahagian yang dibuat menerusi rundingan yang teratur yang mengambil masa yang lama, kena saling hormat-menghormati dan bertolak ansur kerana ini adalah asas menentukan kita sudah berada di sini untuk mendepani PRU14," katanya lagi.
PH sebentar tadi mengumumkan pembahagian kerusi di antara keempat-empat parti di dalam PH, dengan PPBM mendapat jumlah kerusi terbanyak, iaitu 52 kerusi.
Ia diikuti PKR (51), DAP (35) dan Amanah 27 kerusi.
Keputusan berkenaan pembahagian kerusi itu dikatakan dicapai menerusi mesyuarat gagasan pembangkang malam tadi.
Sementara itu, seorang lagi timbalan presiden PH, Lim Guan Eng pula berkata semua parti pembangkang perlu bekerjasama dalam satu gabungan sungguhpun sebelum ini masing-masing merupakan seteru di antara satu sama lain.
Ujarnya, penting untuk semua pihak tidak mendahulukan kepentingan diri atau parti sendiri sebaliknya mengutamakan agenda PH untuk 'menyelamatkan' Malaysia.
"Saya ingin ucap syabas kepada kawan-kawan dari PKR, Amanah dan DAP yang sedia ketepikan perasaan 'dulu', yang ketepikan musuh dulu untuk melawan musuh kita iaitu Umno-Barisan Nasional (BN).
"Saya nak ucap syabas kerana perasaan cinta kepada negara, kita ketepi perasaan seperti ini supaya Malaysia dapat diselamatkan.
"Saya harap, yakin dan percaya rakyat akan faham langkah kita ambil bersama iaitu empat parti di bawah kepimpinan bersama ini menjadi harapan baru kepada anak-anak kita semua," katanya dalam ucapan di konvensyen gabungan itu petang tadi.
Demikianlah Artikel Pembangkang akan ulang kegagalan jika ada sabotaj - Muhyiddin
Sekianlah artikel Pembangkang akan ulang kegagalan jika ada sabotaj - Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembangkang akan ulang kegagalan jika ada sabotaj - Muhyiddin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/pembangkang-akan-ulang-kegagalan-jika.html